BuletinMotosikal

EDISI ISTIMEWA 666 UNIT DUCATI DIAVEL DIESEL

Pertama kali baca saya sangkakan Ducati dah bina enjin disel motosikal cruiser Diavel mereka. Rupa-rupanya ia adalah edisi koloborasi khas Ducati bersama pereka fesyen terkenal Itali Diesel.

Kerjasama ini terjalin menerusi penglibatan dua individu penting Andrea Rosso, Pengarah Kreatif Hakmilik Diesel dan Pusat Rekabentuk Ducati. Insipirasi kelahiran motosikal ini ialah konsep retro-futuristik dalam dunia automotif-gayahidup.

BACA: PANIGALE 959 EDISI KHAS

BACA: HELMET ARAI NSR EDISI TERHAD

Hanya 666 unit akan dihasilkan bagi model Diavel ini. Setiap unit akan memegang nombor edisi masing-masing di atas sebuah plat yang direka khas.

Kalau dilihat dengan lebih teliti, binaan motosikal ini lebih mementingkan aspek estetik. Tangki keluli itu tidak dicat, kelihatan jelas kemasan yang “kasar”. Begitu juga kesan kimpalan dan ketukan sambungan yang sengaja dibiarkan.

Pelananya juga direka khas dengan simbol piramid. Ia menampilkan tiga tingkat seksyen berbeza yang memberi maksud tiga posisi “D” iaitu Ducati, Diavel dan Diesel.

Sistem ekzos pula dilapisi seramik hitam dari Zircotec dengan paip akhir dengan billet dan juga logo piramid.

Model ini didatangkan bersama pakej apparel istimewa rekaan khas Diesel iaitu dua pasang jeans, jaket kulit dan 2 helai baju T.

Google ads
Back to top button