Motosikal

DUCATI PERFORMANCE 959 PANIGALE EDISI KHAS

Ducati UK baru sahaja memperkenalkan penambahan terbaharu dalam keluarga superbike keluarannya.

Diberi nama Ducati Performance 959 Panigale edisi terhad, jentera tersebut berkongsi gayaan inovatif model lebih berkuasa 1299 Panigale. Kini, 959 ditingkatkan prestasinya menerusi aksesori Ducati Performance.

batch_ducati-959-special-edition-mekanika3

Motosikal itu ditawarkan dengan dua pilihan. Ducati Performance berharga £15,995 (RM89,100). Jika memilih pek Carbon pula, pelanggan perlu menambah £1000 (RM5,570) lagi.

BACA: ‘TERRACORSA’ KISAH DUCATI PANIGALE JADI MOTOSIKAL OFF-ROAD

BACA: BABY PANIGALE – DUCATI SUPERSPORT 2017, RM58K

959 Panigale Edisi Khas dilengkapi sistem ekzos penyenyap perlumbaan titanium Akrapovic. Selain komponen-komponen yang diperbuat daripada gentian karbon, billet aluminium, tuil perlumbaan, pelindung tuil brek dan skrin Ducati Corse bersaiz besar.

batch_ducati-959-special-edition-mekanika2

Hanya 25 uni ditawarkan ke pasaran UK. Setiap satunya akan diukir dengan nombor tersendiri menggunakan lazer pada bahagian pangkal stereng. Ia juga dipasang dengan aksesori untuk meningkatkan lagi prestasi sebenarnya.

Untuk pek karbon pula, pembeli akan menerima pelindung suis penghidup karbon, perumah penyerap hentak karbon, pelindung sprocket hadapan karbon dan madgad belakang karbon.

Pendek kata semua karbon lah. Seluar dalam je tak. Hurmmm..

Google ads
Back to top button