Buletin

AMS LEBUR REKOD GT-R TERPANTAS DARI BAHRAIN – 2500HP, 7.14S @ 340KM/J!

Hanya beberapa hari selepas Ekanno Racing dari Bahrin mengejutkan dunia perlumbaan drag dengan rekod baru GT-R paling pantas dibumi, ia disambut oleh AMS Performance dengan rekod baru. Cuma berselisih 0.02 saat.

Ya. Cuma 0.02 saat yang membezakan kedua-dua rasaksa ini yang memperlihatkan perebutan takhta Nissan GT-R paling pantas dibumi. Ironiknya, AMS Performance hanya memerlukan kurang seminggu untuk merampas takhta dari Ekanno Racing.

BACA – INILAH GTR TERPANTAS DI BUMI

BACA –  NISSAN GT-R NISMO 600HP

Ekanno Racing sebelum ini telah mencatatkan kepantasan 7.44 saat pada awal Januari lalu dan memperbaharuinya semula minggu lepas pada catatan 7.168 saat. AMS Performance ternyata tidak mahu dikalahkan dalam liga yang mereka kuasai sebelum ini. Dalam satu ujian yang dibuat beberapa hari lalu, mereka mencatatkan 7.14 saat. rekod baru GT-R terpantas di bumi!

ams-performance-gtr-3

AMS Performance merupakan tuner bebas yang berjaya memecahkan rekod pertama GT-R perlumbaan drag dengan catatan 9 saat, 8 saat dan 7 saat. Ternyata mereka tidak mahu dikalahkan dengan mudah.

Kalau dah beginilah perlumbaannya tak mustahil kita akan melihat GT-R pertama dengan catatan 6 saat. 7 saat pun dah nak sampai ke sempadan dah ni!

Sumber

Ams performance

 

 

Google ads
Back to top button