EICMA 2016: 1299 SUPERLEGGERA, DUCATI PALING EKSOTIK DI DUNIA
Project 1408 secara rasminya didedahkan oleh Ducati hari ini di pameran motosikal EICMA, Milan, Itali. Semalam, mereka mendedahkan teaser dengan beberapa pendedahan info awal dari media Eropah.
Hari ini, tirai dibuka dan Ducati benar-benar menghasilkan sesuatu yang istimewa, paling berkuasa untuk motosikal sport enjin V berkembar. Superleggera adalah versi asal 1299 homolagasi yang dinaiktaraf dengan ekstensif dan pengurangan berat yang dominan.
EICMA 2016 : YAMAHA T-MAX NAIKTARAF 2017
EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”
EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797
EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN
Ia adalah motosikal paling berkuasa pernah dibina oleh Ducati dan merupakan motosikal selinder twin paling berkuasa di dunia. Terima kasih kepada enjin Superquadro 215hp 1285cc. Enjin Ini menggunakan injap titanium yang lebih besar, kepala selinder baru dan liang pengambil dan ekzos yang diperhalusi.
SEGALANYA RINGAN
Fokus untuk mencapai berat basah 167kg (ya, cuma 167kg!) adalah menerusi diet yang menyeksakan. Sudah tentu, gentian karbon adalah jawapannya. Bahan ini digunakan dengan ekstensif pada kerangka, lengan ayun dan juga roda.
Komponen elektronik juga dipertingkkan dengan IMU (Inertial Measurement Unit) 6 paksi, ABS lebih moden, DTC dan macam-macam lagilah elektroniknya.
Jadi apa yang lebih eksklusif?
Hanya 500 unit motosikal ini akan dibina dan berita buruknya, semuanya sudah habis dijual. Nasib baik. Sebab ingatkan nak pesan satu.
Pembeli bakal mendapat “kit litar” yang didatangkan dengan set ekzos perlumbaan lengkap Akrapovic buatan titanium, penghadang angin perlumbaan, kit pengubahsuaian nombor pendaftaran, kit pengubahsuaian tongkat sisi, paddock stand depan dan belakang serta satu unit pelindung motosikal.