EICMA 2016: YAMAHA T-MAX DIKEMASKINI UNTUK TAHUN 2017
Masih lagi sekitar pameran EICMA, di Milan, Itali. Kali ini Yamaha mengumumkan model naiktaraf Yamaha T-MAX 530cc mereka utuk tahun 2017. Model ini akan diperbaharui dan dipasarkan bermula bulan Mac 2017.
Yamaha T-MAX, Raja segala maxi skuter di dunia, skuter paling laris dalam kategorinya, paling dipercayai dan paling tidak boleh dengar harganya kalau di Malaysia. T-MAX ni tidaklah laju macam Aprilia SR-V atau canggih macam Honda Integra 700 (skuter lah bukan DC5!)
EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGRERA
EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”
EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797
EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN
Tapi ia dipercayai kerana Yamaha telah membina reputasi T-MAX sekian lama dan kejuruteraan skuter yang tahan lasak sejak 2001. Setelah mendapat model penuh baru pada 2009 dengan enjin 530cc, T-MAX telah mendapat facelift sekali pada 2015, untuk tahun 2017, ia diperbaharui dengan beberapa perubahan kosmetik dan teknikal
3 versi baru diperkenalkan iaitu T-MAX, T-MAX SX dan T-MAX DX. Ia menerima fungsi Kawalan Traksi dan juga pengesan kedudukan GPS yang mana kalau anda nak tahu, di sebelah Eropah, T-MAX ni boleh tahan jugalah motor panas, kerap hilang. Macam 125Z pula. Jadi dengan pengesan binadalam, adalah lebih selamat.
“Muka” hadapan model 2017 lebih tirus dan dipadankan dengan lampu utama jenis LED. Enjin 530cc 2 selinder tersebut telah dipertingkatkan dengan rekaan ekzos baru, catalytic converter baru, dan sedikit revisi pada kotak angin untuk menepati piawai baru Euro 4.
Casis aluminium baru direka lebih “kurus”, talisawat kabon lebih kecil, tayar lebih ringan dengan rim lebih tirus (kini 4.5 inci) yang berjaya mengurangkan berat motosikal 1kg.
Kompartmen di bawah pelana motor ini kini lebih besar. Papan instrumentasinya mendapat set TFT di tengah antara takometer analog dan meter kelajuan. T-MAX baru ini juga datang dengan penghidup tanpa kunci (keyless) dan ia sudah bersedia diintergrasikan dengan Dainese’s D-Air system – jaket dengan beg udara buatan Dainese.