Motosikal

EICMA 2016 : MINI AFRICA TWIN, HONDA CRF250 DILANCARKAN

Lagi dari pameran motor EICMA Milan, Itali. Honda melancarkan CRF250 Rally dengan skema warna Honda Racing Team (HRC) yang sangat mirip dengan lagenda Africa Twin. Sebelum kehadiran BMW GS, Ducati Multistrada, KTM Adventure, zaman 90-an menyaksikan motosikal rentas benua yang agung – Honda Africa Twin. Waktu tersebut ada Suzuki Dr Big, Cagiva Elephant, Kawasaki KLE dan Aprilia Pegaso.

Hari ini, pasaran motosikal adventur-touring semakin meriah dengan versi yang lebih kecil. Minggu lepas, Benelli mengumumkan TRK502, 500cc macam badan BMW 1200 saiznya. Suzuki juga “mengecilkan” V-Storm mereka menjadi 250cc dalam model konsep yang dipamerkan di pameran motosikal CIMAMOTOR, China.

honda-crf250-africa-twin-3 Honda CRF250 pula menampilkan konsep rali Dakar yang diterapkan dengan sedikit sentuhan touring. Ia dipasangkan dengan penghadang angin depan lebih tinggi dan lampu hadapan LED. Model ini meminjam DNA CRF450 Rally Dakar dengan versi lebih kecil.

Bagaimanapun, dipasangkan dengan enjin 250CC sejukan cecair 24 kuasa kuda @ 8,500rpm dan 22.6Nm tork pada 6,750rpm. Sebagai persediaan untuk polisi baru Eropah, motosikal ini telah menepati piawaian Euro 4 yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

Tangki 10.1 liter (termasuk 1.6 liter simpanan) pada model ini didakwa mampu mencatat sehingga 321km perjalanan. Kalau masuk ke pasaran Malaysia ni anda boleh beli, tukar kepada tayar radial jalanraya dan pasangkan kotak Givi dan pannier. Jadikan ia motard. 1000 corner jom!

honda-crf250-africa-twin-7 honda-crf250-africa-twin-6 honda-crf250-africa-twin-5 honda-crf250-africa-twin-4 honda-crf250-africa-twin-3 honda-crf250-africa-twin-2 honda-crf250-africa-twin-1

Google ads
Back to top button