Buletin

MINI COOPER SE CONVERTIBLE EV, 999 UNIT, UNTUK PASARAN EROPAH SAHAJA

Berdasarkan maklum balas positif daripada pelanggan, MINI membuat keputusan untuk melancarkan model EV MINI Cooper SE Convertible untuk pasaran Eropah.

Hanya 999 unit sahaja yang akan dihasilkan, dengan membawakan ciri-ciri yang hampir sama seperti model prototaip yang pernah diperlihatkan sebelum ini.

Ia membawakan motor elektrik tunggal 181 hp, dengan kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.

Dengan pengecasan penuh, MINI Cooper SE Convertible ini mampu mencapai jarak gerak sejauh 201 km.

Ciri lain termasuklah roda Electric Power Spoke 17 inci, warna Enigmatic Black atau White Silver, kemasan kulit pada roda stereng dan tempat duduk, trim Piano Black, serta bumbung boleh lipat atau dibuka pada kelajuan sehingga 30 km/j.

Produksi MINI Cooper SE Convertible hanya akan bermula pada bulan April, khusus untuk pasaran Eropah sahaja.

Google ads
Back to top button