
ELON MUSK NAIKKAN GAJI PEKERJA TAPI MASIH JAUH NAK DIBANDINGKAN DENGAN GAJI PEKERJA FORD, GM
Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla baru-baru ini melaksanakan garis panduan gaji baharu untuk pekerjanya, dengan bayaran sekitar antara AS$22 (RM104) hingga AS$39 (RM185) sejam.
Walaupun gaji baharu Tesla selaras kepada purata industri, pekerja yang diwakili oleh kesatuan di pengeluar automotif utama Detroit masih mendapat bayaran jauh lebih tinggi.
Menurut beberapa pekerja Tesla, mereka masih enggan menyertai kesatuan walaupun terdapat jurang bayaran dan yakin terhadap visi Elon Musk serta potensi pilihan saham.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang sikap anti-kesatuan syarikat dan cara syarikat menghalang pekerja yang pro-kesatuan.
Tambahan, Kesatuan Pekerja Automotif Amerika Syarikat (UAW) menghadapi cabaran yang sukar dalam menguruskan pekerja Tesla.
“Budaya kerja Tesla, dengan syarat kerja yang mencabar, bertentangan dengan nilai-nilai kesatuan tradisional,” kata wakil UAW.
“Selain itu, Tesla dan Musk mempunyai sejarah konflik dengan pihak berkuasa buruh, termasuk dakwaan amalan buruh yang tidak adil.”
Untuk rekod, Tesla tidak pernah mengadakan undian kesatuan di fasiliti AS tetapi beberapa pekerja di kilang Brandenburg syarikat itu di Jerman telah menyertai kesatuan.
- BACA: ELON MUSK DIDAKWA AMBIL DADAH JENIS ECSTASY, KOKAIN DAN LSD
- BACA: ELON MUSK MAHU TINGKAT PENGELUARAN, PAKSA PEKERJA TIDUR DI KILANG TESLA
- BACA: “HATI-HATI DENGAN ANCAMAN PENGELUAR KERETA CHINA” – ELON MUSK
- BACA: PERNAH DIKETAWAKAN ELON MUSK TAPI KINI BYD RAMPAS TAKHTA EV TERLARIS DI DUNIA – GELAK LA LAGI