Artikel Pilihan

APA DAH JADI DENGAN LITAR NURBURGRING – MACAM JALAN BALAK PUN ADA

Jangan bimbang, litar kegemaran peminat stiker masih ada lagi cuma macam biasalah, setiap kali musim sejuk kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan. Setengah bahagian litar sedang ditukar lapisan turapannya.

Pengendali litar ini akan membelanjakan sekitar €3 juta untuk membuat turapan baharu khususnya di bahagian-bahagian yang paling berbahaya di litar ini. Penyelenggaraan terbaru ini akan menyaksikan hampir satu kilometer litar mendapan lapisan turapan baharu.

Lapisan turapan baharu ini memang banyak faedahnya khususnya dari segi keselamatan. Permukaan baharu sudah tentu memberi cengkaman yang lebih baik lebih-lebih lagi dalam cuaca buruk. Pengaliran air semestinya lebih baik dari jalan tar kat kampung Batu Kapor. Pencemaran bunyi dari permukaan jalan pun tentunya lebih baik membolehkan jiran-jiran sebelah kawasan litar boleh tidur dengan nyenyak.

Mungkin ramai dah tahu yang Nurburgring ni bukan sekadar litar tapi juga berfungsi sebagai jalan raya bertol. Bayar tol dan boleh je pandu atas litar tu pada masa yang tertentu. Abang masa duduk kat sana dulu hari-hari lalu nak hantar anak pergi sekolah.

Oleh sebab litar ini mempunyai acara yang sangat padat, operator litar mesti memastikan litar ini berada dalam keadaan terbaik. Sebab itulah setiap tahun hampir satu kilometer litar ini akan diperbaharui turapannya. Bunyi murah punya turapan macam yang dekat pilihanraya tu dik.

Selain permukaan litar, bahagian pit juga direnovasi khusus untuk perlumbaan Grand Prix. Banyak kerja perlu dilakukan sebelum musim motorsport bermula pertengahan Mac ini.

Sebaik musim sejuk berakhir litar ini akan kembali hidup dengan raungan dan deruman jentera permotoran. Sesi ujian akan dimulakan oleh Porsche 911 dan BMW M. Pergh, hebat tu.

Google ads
Back to top button