Artikel Pilihan

PERNAH DIKETAWAKAN ELON MUSK TAPI KINI BYD RAMPAS TAKHTA EV TERLARIS DI DUNIA – GELAK LA LAGI

BYD, satu nama yang agak asing bagi kita satu ketika dahulu tapi kini tidak lagi. Pengeluar kenderaan dari China ini pernah diketawakan oleh Elon Musk satu ketika dahulu dalam temubual bersama Bloomberg tahun 2011. Kini mereka berhak untuk mengetawakan kembali Elon Musk kerana bakal ditabalkan sebagai pengeluar kenderaan EV terbesar dunia untuk tahun 2023.

BYD dan Tesla kini hampir mengesahkan jualan suku akhir 2023. BYD kini merupakan pengeluar kenderaan EV terbesar di dunia dan pada suku ketiga lalu mereka cuma ketinggalan 3,456 unit kenderaan EV kepada Tesla. Kini mereka mencipta sejarah sebagai satu jenama yang berkembang pesat sejak lima tahun lepas.

Kalau itu belum cukup hebat, mereka kini bukan hanya pengeluar terbesar kereta-kereta EV di dunia tapi mereka juga mula memasuki 10 jenama pengeluar terlaris di dunia secara keseluruhan. Kalau tengok pada ramalan pengkaji pasaran untuk bulan Disember ini dan disahkan pula oleh angka jualan dari Januari hingga November, BYD dijangkakan akan menutup tahun 2023 dengan jualan keseluruhan sebanyak 3.13 juta unit kenderaan. Banyak tu tuan-tuan.

Ini akan meletakkan BYD di hadapan Suzuki Group yang mencatat jualan 3.01 juta unit dan dibelakang Ford dengan 3.95 juta unit. Honda pada 3.97 juta unit, GM pada 4.87 juta unit, Renault-Nissan-Mitsubishi pada 6.28 juta unit, Stellantis dengan 6.4 juta unit, Hyundai Group 6.89 juta unit, VW dengan 8.8 juta unit terjual dan akhir sekali Toyota dengan anggaran sebanyak 10.65 juta unit.

Mereka mungkin dibantu oleh pelbagai subsidi yang diberikan oleh kerajaan China tapi sudah tentu BYD sendiri mempunyai komitmen dan usaha mereka sendiri. Mereka juga mempunyai kelebihan dari segi kos berbanding pesaing mereka. Kos mengeluarkan kereta di China semestinya lebih rendah dari kos di negara maju.

Penganalisa menjangkakan Tesla akan menyiapkan 473,000 unit kenderaan dalam suku terakhir tahun ini menjadikan jualan keseluruhan mereka tahun ini sebanyak 1.82 juta unit. Agak jauh dari sasaran Musk sebanyak 2 juta unit. Itulah lain kali jangan sibuk nak gelakkan orang. Sekarang siapa bakal gelakkan siapa.

Google ads
Back to top button