Buletin

EMOS UMUM HARGA RASMI MODENAS VERSYS-X 250 2023, BOLEH DIMILIKI PADA HARGA BERMULA RM24K

Edaran Modenas Sdn Bhd secara rasmi mengumumkan harga bagi model Modenas Versys-X 250 2023, iaitu boleh dimiliki pada harga RM24,900.

Untuk rekod, jentera ini hanya tiba dengan satu padanan warna sahaja iaitu Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green.

Versys-X 250 direka untuk menawarkan pengalaman menunggang, prestasi, dan gaya luar biasa selain, mempunyai kedudukan tunggangan tegak yang selesa, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Modenas Versys-X 250  2023 dilengkapi rim bersaiz 19-inci depan, 17-inci belakang, suspensi fork teleskopik 41mm depan serta monoshock belakang.

Perincian lain termasuklah dimuatkan dengan tangki 17L, ABS dwi-saluran, sementara ketinggian tempat duduk pula ditetapkan pada 815mm.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin parallel-twin 249cc, berupaya menghasilkan 33hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm pada 10,000rpm.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model 2023, anda boleh layari MODENAS atau laman web rasmi KAWASAKI Malaysia.

GALERI:

Google ads
Back to top button