
KAWASAKI, ADIDAS KELUAR KOLEKSI KASUT NINJA. PAKAI KULIT KANGGARU, HARGA BERMULA RM558
Kawasaki Motors Japan dan Adidas menjalin kolaborasi dalam menghasilkan dua kasut sniker Ninja dikenali sebagai ZX 5K BOOST Kawasaki dan ZX 8000 Kawasaki.
Buat masa ini, kasut yang termasuk dalam koleksi Adidas Originals itu hanya boleh didapati di pasaran Jepun.
ZX 5K BOOST Kawasaki dijual pada harga AS$176 (RM745) manakala ZX 8000 Kawasaki didatangkan dengan tag harga AS$132 (RM558).

Kasut terbaharu itu menampilkan rekaan falsafah reka bentuk dan palet warna Kawasaki.
Model ZX 5K BOOST Kawasaki didatangkan dengan warna utama berwarna hitam dipadankan sentuhan warna hijau terang serta logo Ninja.
Dalam pada itu, ZX 8000 Kawasaki pula menawarkan pengalaman lebih lembut, anjal dan selesa berikutan dibikin menggunakan kulit kanggaru.

Dari segi penggayaan pula, ia sangat moden menyerlahkan sisi muda si pemakai dengan sentuhan warna putih dan biru serta kemasan sulaman logo Ninja.
Sniker terbaharu berkenaan dijangka akan memasuki pasaran global dalam masa terdekat malah dikatakan mempunyai nilai yang tinggi terutama kepada pengumpul kasut sniker. – rideapart
- BACA: TEMPOH PERALIHAN TAMAT, EMOS KINI PENGEDAR EKSKLUSIF MOTOSIKAL KAWASAKI
- BACA: MODENAS AKAN MULA PASANG DAN IMPORT MOTOSIKAL KAWASAKI
- BACA: PENUNTUT KOLEJ AUTOMOTIF SAITAMA SUMBAT ENJIN KAWASAKI NINJA ZX-14R DALAM TOYOTA IQ
- BACA: DUA WARNA BARU UNTUK KAWASAKI VERSYS X-250 TOURER, MENDARAT DI JEPUN 1 FEBRUARI