Buletin

ENAM MAUT BAS TERJATUH KE DALAM LUBANG BESAR DI CHINA

Seramai enam orang maut dan 10 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bas dan pejalan kaki terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di China.

Insiden itu turut mencetuskan letupan di dalam lubang berkenaan. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 5.30 petang waktu tempatan di Xining dekat wilayah Qinghai.

Berdasarkan kepada ramakan video yang dibuat oleh orang awam dari perhentian bas berhampiran, bas malang itu sedang berhenti untuk mengambil penumbang sebelum tiba-tiba jatuh ke dalam runtuhan di bawah tanah. 

Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Punca kejadian masih disiasat. – AFP

Tags
Google ads
Back to top button