Buletin

BAYAR SAMAN TRAFIK DALAM TALIAN, DAPAT DISKAUN 50%. SEHINGGA 1 Feb 2020 SAHAJA

Berita baik untuk semua pengguna jalan raya. Mulai 18 Januari sehingga 1 Februari ini, mereka yang membayar saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian akan menerima diskaun sebanyak 50 peratus.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Tahun ini, PDRM akan memberi lebih penekanan ke atas e-pembayaran bagi membolehkan sesiapa sahaja melunaskan saman-saman tertunggak, terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat. Ini kerana pembayaran dalam talian tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam-jam lamanya.

“Anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian menerusi MyEg dan Rilex.com,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Azisman memberitahu sebanyak 5,763 kes kemalangan maut telah dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 5,870 kes pada 2018.

“Kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut atau 1.8 peratus. Ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT. Walaupun jumlahnya kecil, tetapi inilah KPI kami. Kami harap jumlah ini akan semakin menurun setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata seramai 1,503 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan oleh JIPS atas pelbagai kesalahan tatatertib pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 110 yang dikenakan tindakan tatatertib membabitkan pegawai kanan manakala 1,393 lagi adalah anggota biasa.

Mazda CX30

“Sebanyak 2,232 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan tatatertib dengan 898 daripadanya sudah diselesaikan,” katanya.

Zamri berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima sebanyak 3,773 aduan membabitkan aduan salah laku tatatertib dan kesalahan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah serta pelacuran melalui 16 saluran termasuk emel dan panggilan telefon.

sumber: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button