Buletin

ENJIN FERRARI V8 TURBO MENANG ANUGERAH ENJIN A’BANGSA KESELURUHAN 2017

Untuk tahun kedua berturut-turut, enjin 3.9 liter twin turbo V8 Ferrari telah memenangi anugerah keseluruhan Enjin Antarabangsa Tahunan 2017 (International Engine of the Year Award 2017/IEOTYA). Enjin tersebut turut memenangi anugerah terbaik dalam kelas Enjin Berprestasi dan juga dalam kelas sesaran 3 hingga 4 liter.

Enjin V8 turbo berkembar digunakan pada beberapa model Ferrari seperti 488 GTB, 488 Spider dan model dengan sesaran lebih kecil iaitu California T dan GTC4Lusso T.

Sejak diperkenalkan pada 1999, Anugerah Enjin Antarabangsa Tahunan telah menjadi salah satu anugerah berprestij dalam industri automotif.

Selain anugerah yang dimenangi, Ferrari turut mendominasi kategori enjin 4 liter ke atas dan Enjin Berprestasi sejak enam tahun lalu. Berdasarkan jumlah yang dimenangi, Ferrari adalah jenama paling banyak mendapat anugerah berbanding mana-mana pengeluar kereta berprestasi tinggi lain.

Tahun ini juga menyaksikan enjin n/a 6.3 liter V12 yang digunakan pada Ferrari F12berlinetta dan F12tdf memenangi anugerah terbaik dalam kategori 4 liter ke atas untuk tahun kedua berturut-turut dan kali ketiga selepas meraih anugerah kecemerlangan pada 2013.

Kemenangan enjin V12 ini pula lebih bermakna memandangkan 2017 adalah tahun ke 70 ia menguasai kereta-kereta buatan Ferrari.

Enjin V8 turbo berkembar pula canggih dan telah menjadi penanda aras kepada enjin dengan pengecas turbo lain. Ia mempunyai sifar turbo lag dengan penghantaran kuasa dan tujahan progresif pada keseluruhan putaran enjin seterusnya memberikan tahap penglibatan pemandu yang menyeronokkan.

Lagi artikel menarik tentang Ferrari:

FERRARI 458 SPIDER MILIK MAFIA KINI JADI KERETA POLIS

DITAHAN POLIS KERANA FERRARI 488 GTB YANG DICURI HABIS MINYAK 

Google ads
Back to top button