Buletin

TULAR VIDEO LELAKI DILANGGAR KERANA SISTEM BREK AUTOMATIK VOLVO DIDAKWA GAGAL BERFUNGSI – INI RESPONS DARIPADA VOLVO CARS MALAYSIA 

Hari ini, tular satu klip video yang bertajuk “Volvo’s auto brake system fails at launching ceremony… MD paralysed” (Sistem brek automatik Volvo gagal berfungsi pada majlis pelancaran… MD lumpuh. 

Video berdurasi 34 saat itu menunjukkan sekumpulan orang seperti sedang melihat demonstrasi sistem brek automatik pada model Volvo V60. Malangnya, apa yang berlaku ialah lelaki tersebut dilanggar.

Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan, Volvo Cars Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“Kami baru-baru ini sedar timbul satu klip video bertajuk “Volvo’s auto brake system fails at launching ceremony… MD paralysed” (Sistem brek automatik Volvo gagal berfungsi pada majlis pelancaran… MD lumpuh…) telah tular (sekali lagi) di media sosial dan aplikasi mesej.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa walaupun XC60 di dalam video itu dilengkapi ciri City Safety, ia bagaimanapn tidak mempunyai fungsi Pedestrian Detection yang dijual secara berasingan. Pedestrian Detection memang berfungsi untuk mengelak kereta daripada melanggar mangsa yang terbabit.

“Biarpun jika XC9 dilengkapi ciri-ciri itu, pecutan yang dilakukan oleh pemandu telah menyebabkan sistem tersebut dinyahaktifkan. Teknologi brek automatik (mitigasi dan mengelak) kami sangat canggih. Dalam keadaan di mana kereta mengesan pemandu cuba untuk memecut secara sengaja, ia akan dinyahaktifkan.

“Berbeza dengan tajuk video, kedua-dua lelaki itu tidak mengalami kecederaan serius dan mereka juga bukan Pengarah Urusan Volvo Cars.

“Volvo Cars Malaysia menasihatkan para pengedar, rakan niaga dan pelanggan supaya tidak melakukan ujian seperti itu ke atas manusia.

“City Safety sememangnya mampu menyumbang kepada pemanduan yang lebih selamat ketika kesesakan jalan raya apabila mengelak pelanggaran dengan kenderaan di hadapan pada kelajuan rendah. Sistem itu diaktifkan pada kelajuan sehingga 50km/j.”

Penjelasan sudah diberi. Jadi, jangan kongsikan maklumat yang tidak betul.

Google ads
Back to top button