Artikel Pilihan

ENJIN SR20 AKAN DIKELUARKAN SEMULA – PELUANG BAIK NI BAGI YANG BERDUIT

Biasa kalau nak dapatkan enjin SR20 kena beli halfcut ataupun enjin terpakai tapi kali ini sebuah syarikat di Jepun akan mengeluarkan enjin SR20 baru di Jepun. Walaupun secara teknikalnya enjin tersebut bukanlah daripada Nissan tapi ia dihasilkan dengan kebenaran dan ‘restu’ daripada Nissan sendiri. Ooo bukan kahwin koboi la ni.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Mercury Enterprise, sebuah syarikat pengedar kereta terpakai. Mak aih, biar betul, ingatkan syarikat kejuruteraan automotif atau syarikat tuner tersohor. Tapi jangan main-main kerana Mercury Enterprise merupakan satu nama besar yang menaja pasukan drift D1.

Berita tentang enjin SR20 baru ini didedahkan di Youtube oleh Sayaka Shimoda, salah seorang pelumba D1 yang memandu Nissan Silvia S15 yang ditaja oleh Mercury. Menurut Ken Sato, presiden Mercury, mereka mengambil masa dua tahun berunding dengan Nissan sebelum diberikan kebenaran untuk mengeluarkan enjin tersebut.

Tapi sudah tentu ada syarat-syaratnya. Mercury merancang untuk mengeluarkan hanya 30 unit sahaja enjin SR20 ini dan 5 daripadanya adalah untuk simpanan mereka sendiri. 25 unit lagi akan dibuka untuk jualan kepada umum tapi setiap individu ataupun syarikat hanya dibenarkan membeli satu unit sahaja. Ini

 untuk mengelak ia dari diniagakan kembali ataupun disorok untuk menaikkan harga ke tahap yahudi (agaknya la kan). Tapi kalau ada permintaan tidak mustahil mereka akan menambah pengeluaran.

Enjin ini hanya boleh dibeli dari ibupejabat Mercury di Fujimori, Hachioji City, Tokyo. Dalam Shopee ataupun Alibaba pun tak ada. Dijangkakan mereka mampu mengeluarkan sekitar tiga ke empat unit enjin sebulan dan kalau nak siapkan semua 30 unit mahu makan masa 10 bulan juga ni.

Tempahan akan dibuka bermula 26 September dan serahan akan bermula sekitar penghujung November tahun ini.

Enjin yang akan dikeluarkan ialah versi SR20DET ‘black top’ yang sama seperti digunakan oleh Silvia S14 dan S15. Tapi kalau nak pasang kat casis S13 pun tak ada masalah. Kena tanya ni mana tahu boleh pasang kat Alza Abang Japar ni.

Macam mana dengan harga enjin baru ni? Sediakan sahaja USD9280 ataupun bersamaan dengan RM42,298. Tak mahal kan? Itu harga di Jepun, belum masuk cukai import lagi. Alah bukan selalu dapat beli enjin lejen baru macam ni. Jual je la kebun musang king kong kat kampung tu.

Google ads
Back to top button