Buletin

LEGO PENGELUAR TAYAR TERBESAR DI DUNIA

Mungkin dalam fikiran anda, gelaran pengeluar tayar terbesar di dunia sepatutnya dipegang oleh jenama ternama, seperti contoh Bridgestone atau Michelin.

Akan tetapi, menurut Guinness World Records, pengeluar tayar terbesar di dunia sebenarnya dipegang oleh Lego, syarikat penghasilkan mainan dengan kelebihan jumlah tayar 100 juta lebih banyak berbanding syarikat Michelin!

Produksi tayar Lego mencapai kemuncak pada tahun 2010 di mana pengeluar itu menghasilkan kira-kira 381 juta tayar kecil setahun, sebelum ia kekal stabil pada angka 306 juta tayar setiap tahun.

Menurut Guinness lagi, tayar Lego – walaupun bersaiz kecil – akan tetapi tetap memenuhi ciri-ciri sebuah tayar yang standard, dengan penggunaan kompaun getah 100 peratus untuk sebuah tayar bersaiz 20 gram.

Sebagai perbandingan, sebuah tayar kereta standard memiliki hanya 45 peratus sahaja bahan getah dan selebihnya merupakan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah tayar itu senyap, kadar cengkaman yang baik, serta jimat bahan api. – Jalopnik

Google ads
Back to top button