Artikel Pilihan

SYARIKAT US HASILKAN DAN JUAL KANOPI DENGAN SISTEM SOLAR SIAP SISTEM PENGECASAN

Sebuah syarikat yang berpengkalan di California iaitu Paired Power telah mendedahkan satu lagi produk baru mereka iaitu kanopi dengan sistem solar yang berupaya menjana sehingga 5kW tenaga elektrik. Tambah menarik ialah kanopi dengan sistem solar ini boleh digunakan untuk mengecas kereta elektrik

Kanopi ini dikenali sebagai PairTree digabungkan dengan bateri lithium ion sebesar 40kWh akan dipasarkan di Amerika buat permulaan sebelum akan dipasarkan ke mana mana pasaran yang berminat. Sistem ini boleh dipasang dengan 10 modul solar boleh dipasang dalam masa sehari sahaja dengan menggunakan 2 pekerja sahaja.

Isu berkaitan dengan sistem solar ialah panel solar dan pengecas kereta elektrik ialah proses pemasangan menggunakan masa yang lama dan tenaga kerja yang pakar. PairTree berukuran 3.2 meter x 5.2 meter dengan keupayaan menyokong sistem pengecasan Level 2 dan memenuhi standard SAE J1772

Bahagian dasar kanopi boleh diisi dengan air atau ditanam bagi mengelakkan struktur sistem solar ini diterbangkan oleh angin. Disebabkan tiada komponen bergerak, maka sistem ini tiak memerlukan sebarang penyelenggaraan

Sekiranya diperlukan, plug 120V boleh ditambah pada sistem solar bagi membekalkan tenaga elektrik sekiranya berlaku kecemasan dan bekalan elektrik terputus. Sistem PairTree akan mula dihantar pada pelanggan bermula suku kedua tahun 2023

Google ads
Back to top button