SAINS DI SEBALIK KAMERA ON BOARD FORMULA SATU – BUKAN KAMERA BIASA-BIASA NI DIK
Setiap jentera Formula 1 mempunyai sembilan kamera on board. Jadi kalau korang ada dua depan belakang tu tak ada la hebat mana (saja kasi panas sikit). Nampak macam berlebih kan siap ada sembilan kamera. Namun kena ingat, kamera-kamera inilah yang membantu menyiarkan rakaman perlumbaan dari litar ke televisyen pintar di ruang rehat kediaman anda. Bukan senang tahu untuk pancarkan rakaman F1. Bukan macam rakaman perlawanan catur atau snuker.
Kamera yang biasa dapat kita lihat pada jentera F1 ialah pada bahagian struktur berbentuk “T” yang ada pada bahagian atas jentera. Ia memberikan pandangan dari atas ke bawah dan biasanya digunakan sewaktu siaran langsung perlumbaan.
Dua unit kamera lagi ditempatkan pada bahagian muncung jentera dan satu di bahagian belakang. Kemudian ada dua lagi kamera di sisi pemandu kiri dan kanan pada chasis jentera. Terdapat juga kamera yang menghadap muka pemandu di dalam kokpit selain satu lagi kamera yang dipasang dalam helmet pemandu. Akhir sekali ialah sebuah kamera 360 darjah yang dipasang pada bahagian chasis di hadapan pemandu.
Macam kami katakana tadi, kesemua kamera tadi bukan kamera biasa-biasa. Kesemuanya mempunyai unit processor sendiri yang mampu menentukan bila sumber tenaga jentera boleh digunakan dan menukarnya kepada bateri dalaman bila diperlukan.
Sebab itulah walaupun ketika enjin jentera dimatikan ataupun ketika kemalangan, rakaman masih boleh diteruskan untuk jangka masa 15 ke 20 minit. Dalam keadaan normal, rakaman video dipancarkan dari jentera menggunakan Formula 1 Interface Unit ataupun FIU. Ia merakam keseluruhan perlumbaan dan membenarkan juruteknik membuat pelarasan audio mengikut kesesuaian.
Paling menakjubkan tentunya kamera dalaman pada helmet pemandu dan ianya cukup kompleks. F1 bekerjasama dengan pengeluar helmet untuk memasang lensa kamera pada bahagian kanan helmet dan processor di bahagian bertentangan. Ia kemudian dihubungkan kepada jentera menerusi kabel yang anda hilang selalu terjuntai pada helmet pemandu F1.
Aksi bergambar tanpa sebarang bunyi mana best kan? Itulah sebabnya kesemua jentera F1 mempunyai pembesar suara pada bahagian kiri dan kanan jentera. Ia berfungsi merakam bunyi enjin dan kesemua bunyi lain termasuklah semasa kemalangan.
Kalau anda rasa sembilan kamera sudah terlalu banyak memang anda silap sebab pihak F1 mahu menambah lagi bilangan kamera tersebut.
Kredit Motor1.com