Buletin

ETCM PERKENALKAN KONSEP NRC-NEXT DI BILIK PAMERAN BAHARU DI SANDAKAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan konsep NRC-NEXT di bilik pameran Nissan baharunya di Sandakan, Sabah.

Bilik pameran ini terletak di Lot 16, Taman Nasalim, Phase 7A, Jalan Lintas Utara, 90000 Sandakan, Sabah, beroperasi 9.00 pagi 7.00 petang (Isnin – Sabtu), 10.00 pagi 5.00 petang (Ahad/Cuti Umum).

Konsep Runcit Nissan (NRC) bertujuan untuk mengubah pengedar Nissan menjadi perkhidmatan bertaraf dunia, mencerminkan nilai jenama Nissan sepanjang perjalanan pelanggan.

Ketua Jualan Malaysia Timur, Cheong Kim Seong berkata, “pelanggan kami ialah teras kepada semua yang kami lakukan.

“Dengan komitmen kami untuk terus menaik taraf and meningkatkan bilik pameran, kami berjanji menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang luar biasa.”

Bilik pameran ini mempamerkan sebanyak tiga model pameran Nissan, memberi pelanggan rangkaian produk jenama tersebut.

Selain itu, pelanggan boleh berehat dan bersantai di ruang menunggu pelanggan yang selesa dengan sambungan internet sambil meneroka pilihan.

ETCM Sandakan juga menawarkan rangkaian kenderaan pandu uji dan sesi berkenaan boleh diaturkan di rumah atau di pejabat pelanggan, hanya dengan membuat perjanjian dengan Penasihat Jualan.

Selain dari memberi tumpuan pada jualan, ETCM Sandakan juga memastikan keperluan pemilik Nissan sedia ada dipenuhi melalui perkhidmatan selepas jualannya.

Pelanggan boleh terus menikmati perkhidmatan unggul yang disediakan oleh Pusat Servis Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS), terletak lebih kurang 4km dari bilik pameran di Batu 3, Jalan Utara, Kawasan Perindustrian Jalan Ming Huat, Sandakan.

Google ads
Back to top button