Artikel Pilihan

EU RANCANG HARAMKAN GENTIAN KARBON – SEMUA TAK BOLEH.

Kesatuan Eropah atau EU sedang merangka satu undang-undang yang akan menamatkan penggunaan gentian karbon dalam pembinaan kenderaan pada masa hadapan, menerusi perubahan peraturan End of Life Vehicle

Dalam peraturan terbaru ini, sekurang-kurangnya 85% kandungan dalam kenderaan baru mestilah datang dari sumber yang dikitar semula, diguna semula atau boleh diekstrak semula menjadi bahan lain

Gentian karbon menjadi pilihan kebanyakan pengeluar supercar eksotik disebabkan ia tahan lasak, ringan, kukuh menjadikan ia pilihan utama bagi menghasilkan komponen automotif ataupun kerangka kenderaan supercar

Walaupun dianggap sebagai mesra alam disebabkan ia boleh digunakan dengan lebih lama, tapi gentian larbon memerlukan 14 kali jumlah tenaga berbanding dengan keluli berdasarkan kajian Center for Corossion Research

Gentian karbon yang tidak digunakan tidak boleh dicairkan dan dibentuk semula seperti keluli. Tapi ia boleh dikitar semula menerusi proses pyrolysis pada suhu 700 darjah Celcius, mengekstrak 93% kandungan gentian karbon dan pada masa sama melepaskan gas berbahaya pada alam sekitar

Selain dari gentian karbon, unsur lain seperti Cadium, kromium, plumbum, dan merkuri juga bakal dimasukkan dalam senarai bahan atau unsur utama yang dilarang penggunaannya jika undang-undang ini berjaya diluluskan

Walaubagaimanapun pakar undang-undang berpendapat bahawa, jika diluluskan sekalipun, pengeluar automotif diberi masa sehingga 18 bulan sebelum larangan penggunan gentian karbon dikuatkuasakan oleh EU

Google ads
Back to top button