
EV TERLALU MAHAL DAN PUSAT PENGECASAN TERHAD? BELI SAHAJA TOYOTA COROLLA CROSS HYBRID. SELESAI MASALAH…
Dalam usaha mencapai karbon neutral seperti yang digazetkan oleh kebanyakan badan dunia, majoriti pengeluar automotif mula beralih kepada kenderaan berkuasa elektrik yang sememangnya tidak menghasilkan sebarang gas karbon dioksida ketika beroperasi.
Namun dengan kekangan pusat pengecasan, gaya hidup dan corak pemanduan pengguna tempatan yang suka memandu jarak jauh terutama sekali pada hujung minggu dan cuti perayaan, isu supply & demand terutama pusat mengecaj akan menjadi satu masalah.
Apatah lagi negara kita baru sahaja memulakan inisiatif pemasangan pengecaj awam, pertambahan kereta elektrik akan memberi tekanan kepada permintaan pusat pengecasan.
Atas faktor itu, UMW Toyota Motor berpendapat, langkah terbaik buat masa sekarang ialah memperkenalkan kenderaan berkuasa hibrid elektrik.

Sudah tentu kelebihan utama kereta hibrid elektrik adalah keupayaannya mengecaj sendiri menggunakan enjin dan brek regeneratif ketika dipandu. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan bahan api
Secara purata, Toyota Corolla Cross Hybrid hanya melepaskan sekitar 98g gas karbon dioksida bagi setiap kilometer perjalanan. Ia juga mampu dipandu sejauh 23.3km bagi setiap liter petrol, hasil penggunaan enjin yang direka khas untuk mengurangkan geseran dan sistem pengurusan haba.
Bergantung pada kuasa elektrik yang ada pada bateri, pemandu boleh memilih untuk menggunakan mode pemanduan elektrik sepenuhnya. Jika kuasa maksima diperlukan, motor elektrik dan enjin akan bergabung tenaga bagi memberikan pecutan padu pada bila-bila masa.

Toyota mempunyai pengalaman yang luas dalam penghasilan kereta berkuasa hibrid. Pemilihan bateri yang diperbuat daripada Nickel Metal Hydride adalah lebih tahan lasak dengan perubahan suhu.
Jika tidak yakin, masakan Toyota berani untuk menawarkan jaminan selama 8 tahun untuk komponen hibrid. Jaminan itu merangkumi bateri sistem, inverter dan power management Control ECU bermula dari tarikh pendaftaran kenderaan. Malah pemilik boleh melanjutkan tempoh jaminan selama 2 tahun lagi untuk menjadikan tempoh jaminan untuk komponen hibrid mencecah 10 tahun.
Ini tidak termasuk tempoh 5 tahun bagi jaminan komponen lain yang pastinya membuatkan pemilik tidak perlu risau tentang kualiti pembuatan Toyota Corolla Cross Hybrid. SUV itu juga membuktikan bahawa memandu sebuah kenderaan hibrid sebenarnya lebih menyeronokkan berbanding varian petrol.

Pada kebanyakan masa, motor elektrik berkuasa 163Nm tork itu bersedia untuk menggerakkan SUV itu bermula pada 0 RPM. Ini bermakna tork maksimum daripada motor elektrik boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, enjin petrol akan membekalkan kuasa jika diperlukan pada halaju yang tinggi.
Apabila Toyota Corolla Cross dipandu perlahan, kuasa akan diperolehidaripada bateri hibrid, sekali gus mengurangkan penggunaan petrol dan pelepasan gas karbon dioksida. Operasi motor elektrik juga lebih senyap berbanding enjin menjadikan NVH kenderaan bertambah bagus.
Jangan risau kerana sistem hibrid tidak memerlukan penyelenggraan khas, jadi tiada beban kewangan tambahan dikenakan pada pemandu.
Jika anda berminat untuk memandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan model Toyota Corolla Cross Hybrid ini, anda boleh klik di SINI untuk melawat laman sesawang Toyota yang baru.






