Buletin

FERRARI FXX K – KERETA HIPER HIBRID YANG MAMPU MEMBERI RENJATAN ELEKTRIK

Ferrari FXX K merupakan sebuah model hibrid hiper terbaru keluaran syarikat ternama Itali ini. Bagi yang biasa melihat kereta hibrid dengan motor elektrik mesti akan perasan dengan pelbagai stiker amaran yang mengingatkan kita tentang bahaya kejutan elektrik. Dengan pengenalan pelbagai model menggunakan sistem elektrik bervoltan tinggi, isu keselamatan mesti akan timbul. Ferrari mempunyai jawapannya dengan model hiper FXX K yang hanya halal digunakan di litar perlumbaan. Ia mempunyai lampu amaran di bahagian bumbung.

BACA: LELAKI INI PANDU FERRARI DI BANDAR PALING SESAK – BANGKOK

Model baharu ini diasaskan daripada model LaFerrari tetapi dihasilkan dengan lebih ekstrim. Ia juga dilengkapi dengan sistem KERS (Kinetic Energy Recovery Sysytem) berkuasa elektrik yang membantu memberikan kuasa tambahan kepada enjin V12 848 bhp yang sudah sedia berkuasa. Dengan tambahan kuasa itu, FXX K kini mempunyai 1036 bhp kuasa maksima.

Apa guna lampu amaran tu?

Lampu amaran yang dilengkapkan pada antena bentuk sirip bumbung itu akan menyala dengan warna hijau pada kedua bahagian sisi untuk memberitahu anda yang kereta itu selamat untuk disentuh. Jika ia berwarna merah dan anda masih sayangkan nyawa anda, jangan gatal tangan pegang-pegang sambil bersandar untuk bergambar.

BACA: DITAHAN POLIS KERANA FERRARI 488 GTB YANG DICURI HABIS MINYAK

Untuk lebih jelas tentang fungsi lampu amaran tersebut dan kehebatan Ferrari FXX K, saksikan penerangan oleh Alex Kersten dari Car Throttle. Beliau menjelaskan yang jika lampu amaran itu menyala merah, ada kerosakan dalam sistem dan kereta tersebut sedang berdenyut dengan 480 volt. Itu dah dua kali ganda kekuatan elektrik dalam rumah kita weh.

Bukan itu sahaja, Alex turut berpeluang merasai kehebatan pecutan FXX K dengan bunyinya yang sunggup ‘asombroso’ (tengok punyalah hebat sampai tersalah taip dalam bahasa Sepanyol).

Jadi kalau ada terserempak dengan kereta ni kat mana-mana, perhatikan dahulu warna lampu amaran pada bumbung. Lepas ni rasanya semua kedai aksesori akan mula jual sirip dummy macam ni. Memang sesuai kalau letak dekat bumbung Tiara Hibrid Abang Japar.

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button