Artikel PilihanModifikasi

LELAKI INI PANDU FERRARI SETIAP HARI DI BANDAR PALING SESAK- BANGKOK

Apa yang mendorong anda memand setiap hari? hati kental menghadap jem? berbaloi membeli kereta? sebab tak mahu rasa rugi bayar bulan dan cukai jalan?

Ingat lagi kisah peguam yang memandu Mclarens setiap hari ke pejabat di Jepun yang kami siarkan bulan lepas? Ya. ia tentang minat dan dorongan untuk memandu sebuah supercar yang bukannya mudah. Nak tengok objek di belakang pun payah sebab semua cerminnya kecil.

BACA:PEGUAM JEPUN INI PANDU MCLAREN SETIAP HARI

BACA: DATO BANDAR RUSIA DRIFT FERRARI DALAM PUSAT BELIBELAH

Ini pula kisah seorang lelaki yang memandu Ferrari 308 setiap hari di bandaraya antara yang paling sesak di rantau ini – Bangkok, Thailand.

Beliau ialah seorang peminat Ferrari. Chayanin Debhakam membeli kereta ini dalam kondisi yang agak teruk dengan warna merah dan dalaman bersalut beige. Selepas membuat beberapa kajian, beliau mengambil keputusan untuk mengembalikan spesifikasi asal 308 GTB ini.

Hasilnya, ruang dalaman dengan salutan kulit gelap dan badan yang diwarnakan semula dengan warna kuning. Menurut Chayanin, ia adalah salah satu projek restorasi yang sangat beliau suka.

Nah, sila tonton video di bawah

 

 

 

 

Google ads
Back to top button