Buletin

FERRARI MENGALAH. LOGO MISSION WINNOW AKHIRNYA DIGUGURKAN

Ferrari telah mengesahkan akan menggunakan tema ulangtahun ke 90 bagi menggantikan logo Mission Winnow dalam pusingan pembukaan yang akan dijalankan di Australia.

Pasukan Itali itu didesak untuk menggugurkan logo dari syarikat tembakau Phillips Morris International – Marlboro yang kini merupakan isu hangat di Australia. Tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi, khususnya undang-undang tembakau Australia yang ketat, Ferrari akhirnya mengalah.

Prasangka terhadap logo baru ini muncul Oktober lalu pada Grand Prix Jepun 2018 kerana dikatakan bahawa Philip Morris cuba mengekalkan penjenamaannya di mata awam – walaupun jelas larangan pengiklanan tembakau telah berkuatkuasa.

Pada perlumbaan tersebut, kereta Ferrari berlumba dengan logo baru yang ditaja oleh Philip Morris, dipanggil Mission Winnow.

Logo Misi Winnow adalah panjang, dan mengingatkan kepada bentuk sebatang rokok. Sementara “lengkok” pada hujungnya adalah serupa dengan logo Marlboro.

Siasatan dilakukan oleh Department of Health and Victoria’s Department of Health and Human Services Australia dan sebenarnya ini bukanlah kes yang pertama.

Terdahulu, Philip Morris dan Ferrari pernah menggunakan rekaan “barcode” yang kontroversi pada Logo Ferrari dan Ducati pada 2010. Protes antarabangsa dibuat kerana ramai mendakwa bahawa ia adalah iklan tembakau tanpa sedar. Ferrari dan Philips Morris kemudiannya menghapuskan logo tersebut.

Bagaimanapun, Ferrari akan menggunakan logo Mission Winnow di pusingan kedua di Bahrain nanti.

Google ads
Back to top button