Motosikal

HARLEY-DAVIDSON UMUM RANGKAIAN MODEL TAHUN 2019 – SPORTSTER BERMULA RM62.6K

Harley-Davidson Motor Company hari ini mengumumkan barisan model tahun 2019 demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan peminat motosikal di Malaysia.

Berkuat-kuasa 16 Mac 2019, harga motosikal model Sportster adalah bermula RM62,600. Manakala model Softail yang dipertingkatkan baru-baru ini berharga dari RM97,200 seunit.

“Permintaan yang kian meningkat terhadap motosikal Harley-Davidson di Malaysia mengukuhkan strategi kami untuk membina rangkaian pengedar yang lebih mantap. Kami komited untuk memastikan penunggang setia Harley-Davidson terus berpuas hati.

“Pada masa yang sama menambah jumlah penunggangnya di seluruh negara,”kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Harley-Davidson, Johan Kleinsteuber.

Model tahun 2019 memperkenalkan teknologi baharu, ciri-ciri yang dipertingkat, pengubahsuaian gaya, kemasan baru dan aksesori yang sepadan untuk keluarga Custom Vehicle OperationsTM (CVOTM), Touring, Softail dan Sportster.

Kleinsteuber memberitahu, yakin dapat memberi maklum balas terhadap permintaan motosikal Harley-Davidson di Malaysia. Justeru, ia dapat membantu memenuhi impian para peminat motosikal untuk memiliki Harley-Davidson pada harga mampu milik.

Pengenalan model 2019 juga dilihat sebagai usaha Harley-Davidson melabur dalam produk dan mencatat pertumbuhan mampan pada masa depan.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga pengedar sah Harley-Davidson akan mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu ini (16 & 17 Mac 2019).

Jadi, anda boleh membeli model kegemaran di sana.

GALERI

Google ads
Back to top button