Buletin

FESTIVAL #LOVEMYRIDE SHELL

Seramai lima ratus pemilik kenderaan bertuah akan mengalami perbezaan yang ketara selepas enjin kereta mereka diberikan nafas baru di Festival #LoveMyRide selama dua hari yang dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia). 

Festival-Love-My-Ride-Shell-mekanika (1)

Festival itu akan akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MARTRADE (MECC), Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Jun 2015 dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Kereta bertuah tersebut akan dipilih daripada permohonan dalam talian www.lovemyride.com.my. Pemiliknya layak menerima pakej bernilai sehingga RM600.

Festival-Love-My-Ride-Shell-mekanika (3)

Anda hanya perlu melayari laman web, daftar dan isi borang soal selidik sebelum penukaran minyak dibuat.

Pemenang bakal menerima penukaran minyak sintetik penuh Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus 5W-40. Untuk prestasi lebih baik,setiap kereta juga akan pulang dengan setangki penuh Shell V-Power.

Festival-Love-My-Ride-Shell-mekanika (2)

“Shell Malaysia berhasrat untuk mencatatkan rekod ‘penukaran minyak pelincir kereta paling banyak kereta dalam masa 12 jam’. Acara itu membabitkan 100 orang pelajar dari Despark College dan bengkel jenama Shell Helix.

“Kami anggarkan akan menggunakan 6,000 liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus dan 15,000 liter bahan api Shell V-Power!” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia, Azman Ismail.

Apa yang lebih menarik lagi, acara ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. Maklumat lanjut, sila layari www.lovemyride.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button