Buletin

SIRI JELAJAH TOYOTA WOW

Ingin merasai pengalaman menaiki Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo yang dipandu oleh pemandu stunt profesional?

SONY DSC

Jangan lepaskan peluang tersebut kerana ia akan diadakan pada Siri Jelajah Toyota WOW di enam lokasi seluruh negara mulai esok (30 Mei 2015) hingga 21 Jun depan.

Lokasi pertama adalah di tempat letak kereta B Stadium Nasional Bukit Jalil (30-31 Mei). Acara sama akan diadakan di Juru Auto City, Pulau Pinang dan Likas Sports Outdoor Complex, Kota Kinabalu pada 6 hingga 7 Jun; serta tempat letak kereta East Coast Mall, Kuantan dan Sutera Mall, Johor Bahru pada 13 hingga 14 Jun. Lokasi terakhir adalah di bandar baharu Batu Kawah, Kuching pada 20 dan 21 Jun.

SONY DSC

Di sana, para pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi pemanduan stunt Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo. Di beberapa lokasi terpilih, pengalaman mencabar dengan Hilux turut disediakan.

Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam pandu uji, sebanyak 20 baucar beli-belah bernilai RM500 sedia untuk dimenangi dalam cabutan bertuah pada setiap hari.

Toyota-Wow-Road-Tour-mekanika (2)

Lebih menarik lagi, pengunjung yang menempah sebuah kenderaan Toyota pada siri jelajah ini berpeluang memenangi sebuah Vios 1.5J (AT), di samping baucar e-Servis bernilai RM500.

Mulai bulan ini juga, pembeli yang menempah Vios atau Hilux bakal menerima pakej aksesori bernilai sehingga RM5,200 secara percuma!

Selain pakej-pakej menarik ini, promosi jualan sedia ada seperti peraduan Pandu Uji & Menang turut berlangsung. Pelanggan hanya perlu memandu uji sebuah kereta Toyota dan mungkin memenangi sebuah iPad Mini 16GB (100 unit iPad Mini disediakan).

Pelanggan yang menempah kereta Toyota sepanjang bulan Jun juga berpeluang memenangi hadiah lawatan ke acara Tokyo Motorshow, serta banyak hadiah menarik yang lain.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Siri Jelajah Toyota WOW berhampiran anda!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button