Artikel Pilihan

FIA AKUI F1 MAKIN BOSAN. SEBAB ITU ADA SPRINT RACE MULAI 2021

Dengan pelbagai peraturan ketat, dominasi beberapa pasukan, dan pengenalan enjin V6 1600cc hibrid turbo yang lebih senyap menjadikan perlumbaan F1 dalam beberapa tahun kebelakangan ini menjadi hambar dan tawar. Ibarat air teh tanpa gula dicicah dengan biskut lutut.

Malah beberapa lokasi penganjuran perlumbaan yang sebelum ini popular seperti litar Sepang telah memilih untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan F1 disebabkan gagal menarik perhatian penonton. Siapa nak beli tiket mahal-mahal dan menonton perlumbaan yang semakin membosankan?

Bagi memberi nafas baru dalam perlumbaan F1, FIA telah memperkenalkan satu lagi format baru yang dikenali dengan nama Sprint Race. Berikut ialah maklumat ringkas berkenaan dengan perlumbaan Sprint ini.

1. Mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan nama Sprint Qualifying di British Grand Prix, Italian Grand Prix dan Sao Paolo Grand Prix. Pelumba yang ingin merebut kedudukan pertama di perlumbaan pada hari Ahad mesti memenangi Sprint Qualifying pada hari Sabtu. Hanya 3 pemenang akan diberikan mata dan menyumbang mata pada kejuaraan secara keseluruhan

2. Pada tahun 2022, mata akan diberikan pada 8 pemenang utama di Emilia Romagna Grand Prix, Austrian Grand Prix dan Sao Paolo Grand Prix. Pelumba mesti melakukan pusingan kelayakan untuk menentukan masa terpantas pada hari Jumaat, pemenang akan mendapat pole position untuk Sprint Race, dan pemenang Sprint akan mendapat pole position pada hari Ahad.

3. Format pada tahun 2023 sekali lagi diubah untuk memenuhi permintaan semua pasukan dan mengekalkan bajet perbelanjaan pasukan. Pelumba akan melakukan sesi kelayakan untuk perlumbaan pada hari Jumaat. Bagi hari Sabtu, ia dikhaskan untuk kelayakan Sprint dan perlumbaan Sprint

4. Perlumbaan Sprint sama seperti perlumbaan F1 biasa, cuma ia lagi pendek dengan jarak perlumbaan sekitar 100km sahaja atau 15-17 pusingan. Perlumbaan ini memakan masa 25 minit sehingga 30 minit dengan semua pelumba memberikan kelajuan maksimum.

Perlumbaan mesti ditamatkan dalam masa sejam, dan sekiranya Safety Car telah memasuki perlumbaan disebabkan kemalangan maka perlumbaan akan tetap tamat walaupun tidak sampai jarak 100km.

5. Bagi tahun 2024, ada 6 Sprint akan dianjurkan di GP China (20 April 2024), GP Miami (4 Mei 2024), GP Austria (29 Jun 2024), GP USA (19 Oktober 2024), GP Brazil (2 November 2024) dan GP Qatar (2 November 2024)

Tidak seperti F1, tiada halangan untuk penukaran tayar berlaku tapi perlumbaan berlaku dalam masa pantas, menjadikan penukaran tayar tidak efektif. Trek yang dipilih adalah trek perlumbaan yang direka untuk sesi kejar mengejar, memotong, kelajuan maksimum dan pemanduan agresif.

6. 8 pemenang akan diberikan mata untuk perlumbaan dengan juara akan meraih 8 mata manakala tempat terakhir akan meraih 1 mata sahaja. Mata dalam Sprint ini tidak akan dikira untuk Driver Championship

7. Jadual perlumbaan sepanjang hujung minggu akan berubah bagi perlumbaan yang menganjurkan Sprint. Pelumba akan mendapat 2 kali sesi latihan iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat, pelumba akan berlatih dan memasuki sesi kelayakan bagi pole position untuk Sprint pada hari Sabtu

Pada hari Sabtu, pelumba akan berlatih, dan memasuki kelayakan untuk menetapkan pole position bagi perlumbaan Grand Prix pada hari Ahad. Daripada 20 pelumba, hanya 10 pelumba sahaja yang layak meneruskan Sprint selepas 10 lagi pelumba disingkirkan.

8. Jika dikenakan penalyti semasa sesi kelayakan atau latihan pada hari Jumaat, ia akan dikenakan semasa perlumbaan Grand Prix. Tetapi jika ada pemandu yang melakukan kesalahan dan gagal menunjukkan semangat kesukanan pada hari Sabtu akan dikenakan penalti semasa perlumbaan Grand Prix hari Ahad.

9. Setiap pasukan akan menerima 12 set tayar (48 unit tayar). Jika semasa sesi kelayakan litar adalah kering, pemandu mesti menggunakan hanya satu set tayar medium bagi setiap sesi Q1, 1 set medium tayar di Q2 dan satu set tayar perlumbaan slick di Q3. Semasa Sprint pasukan bebas menggunakan mana-mana tayar yang dirasakan sesuai

10. Dalam perlumbaan Sprint, mata yang dikumpul tidak akan dikira untuk Grand Prix. Pelumba digalakkan berlumba secara agresif mengikit naluri mereka, dengan sebarang kesilapan tidak akan menjejskan peluang mereka untuk perlumbaan Grand Prix sebenar pada hari Ahad.

Google ads
Back to top button