BuletinModifikasi

FIAT 500 STAR WARS

Demam filem Star Wars: The Force  Awakens masih lagi hangat di pawagam sejak tayangan umumnya pada awal bulan lalu.

Fiat-500-Star-Wars-mekanika (4)

Kali ini, Garage Italia Custom sekali lagi mendedahkan dua model Fiat 500 yang dinamakan sebagai R2-D2 dan BB-8 hasil inspirasi ikon Star Wars.

Sebelum ini, Fiat ada mempertontonkan model Fiat 500 inspirasi Stormtrooper pada Los Angeles Motor Show yang lalu.

Fiat-500-Star-Wars-mekanika (1)

Model R2-D2 menampilkan warna badan putih dengan kemasan warna biru. Ia turut didatangkan dengan rim dua tona bersama lencana R2-D2.

Bahagian kabin dipadankan sama seperti luarannya. Pereka menggunakan kemasan kulit  Foglizzo berwarna putih yang dipadukan dengan warna biru alcantara.

Fiat-500-Star-Wars-mekanika (2)

Lebih menarik, logo Star Wars boleh dilihat pada papan pemuka dan kerusi.

Model BB-8 pula diinspirasikan daripada ikon Droid menggunakan cat berwarna putih dengan kombinasi warna oren. Begitu juga pada bahagian roda berjejari.

Fiat-500-Star-Wars-mekanika (5)

Bahagian kabin menerima kemasan tiga warna iaitu putih, perak dan oren.

Beberapa logo Star Warsboleh ditemukan pada kabin khusus menyambut film terbaru Star Wars.

Fiat 500 dijana enjin kecil 0.9 liter  TwinAir turbo petrol, selain pilihan enjin 1.4 liter T-Jet petrol dan 1.3 liter  Muiltijet diesel. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi manual atau automatik lima dan enam kelajuan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button