Artikel Pilihan

FIAT ABARTH 500 – KERETA KECIL DENGAN BUNYI EKZOS MENGALAHKAN SUPERCAR

Bayangkan anda sedang menikmati supercar-supercar terkenal seperti Ferrari, Porsche, Lamborghini dan macam macam lagi yang sedang berbaris dalam satu acara reunion founder-founder kosmetik timbang kati.

Tiba-tiba telinga kaki kereta anda yang cukup sensitif mengesan bunyi akustika ekzos yang sungguh lunak, merdu, berkuasa, berkarisma dan lain-lain lagi. Anda menoleh kerana menyangka ia sebuah lagi supercar tapi rupanya yang datang adalah sebuah kereta kenit dengan pelekat kala jengking. Itulah Fiat Abarth 500 tuan-tuan.

Ya Fiat Abarth sebenarnya mempunyai kelebihan dari segi akustika. Bunyi ekzos sungguh lunak di dengar apatah lagi bila ia dinaik taraf menggunakan komponen ekzos aftermarket. Asal hangan guna ekzos kedai Ah Yip sudah. Bunyinya Masya Allah, macam kereta lumba nak berperang tuan-tuan.

Fiat Abarth ni memang tak padan dengan kecil tapi mampu memberikan keseronokan kepada sesiapa sahaja yang mendengarkan bunyi ekzosnya. Itu belum lagi memandunya sendiri. Bayangnya enjin 1.4 liter turbo pada badan kereta yang cukup kecil dan ringan.

Kereta ini akan menjadi semakin lincah dan garang dalam mod sport. Doug Demuro, YouTuber terkenal dari AS menyifatkan butang Sport dalam Fiat Abarth ini adalah yang paling efektif pernah dicipta. Ia mengeraskan stereng, menajamkan lagi kawalan dan meningkatkan tork maksima dari 203 ke 217 Nm.

Demuro menyifatkan kereta kecil ini sentiasa bersedia untuk berperang dan bila anda selesai memecut ataupun dah tak minat nak memecut, lepas saja pendikit dan bunyi meletup-letup dari ekzos tu memang akan membuatkan anda ketagih.

Tengok sendiri beberapa pautan video yang kami pilih di bawah.

Google ads
Back to top button