Artikel PilihanBuletin

FILEM HOT WHEELS BAKAL DIARAHKAN PENGARAH FAST & FURIOUS; JUSTIN LIN

Mungkin ramai daripada kita yang tak pernah dengar nama Justin Lin , namun beliau adalah pengarah filem berpengaruh yang membawa naik filem sekuen terkenal Fast & Furious. Beliau dikatakan telah dipilih oleh Legendary Entertainment dan Perfect Storm Entertainment untuk mengarahkan filem baru Hot Wheels.

Hot Wheels, jenama kereta skala kecil yang terkenal telah berada di pasaran sejak 1968. Ia merupakan kereta skala permainan paling popular di dunia. Dianggarkan sebanyak 5 bilion unit Hot Wheels telah terjual sejak pertama kali diperkenalkan. Kalau korang tak kenal juga Hot Wheels ni tak tau nak kata apa lah.

justin lin FnF

Pemilihan Justin Lin adalah berdasarkan kualiti kerja beliau sejak mengarahkan siri ketiga Fast & Furious, Tokyo Drift hingga ke filem terkini Fast & Furious 6. Proses pembikinan filem ini akan bermula sebaik sahaja mereka menyiapkan skrip bagi filem sulung Hot Wheels.

Untuk rekod, Columbia Pictures telah mendapat hak terbitan filem Hot Wheels pada 2003, namun tiada hasil seterusnya hak perpindah kepada Warner Bros pada 2009. Perpindahan itu bagaimanapun tidak juga membuahkan sebarang perkembangan dan akhirnya ia diserahkan kepada Legendary Entertainment pada 2009.

Projek tertagguh beberapa kali akibat masalah pengurusan, akhirnya Legendary Entertainment dilihat sebagai calon paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang mereka dalam sekuen Fast & Furious yang terkenal di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button