
BERAPA LAMA BATERI KERETA ELEKTRIK BOLEH BERTAHAN?
Persoalan seperti yang tertera pada tajuk artikel di atas sebenarnya adalah satu persoalan ringkas yang kadangkala tidak dapat dijawab dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bakal pembeli kereta elektrik berasa ragu-ragu untuk menukar kenderaan kepada elektrik dan menangguhkan pembelian merek
Kadangkala jawapan yang mudah ialah, netizen gemar merujuk kepada prestasi bateri ion lithium yang digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti telefon pintar, tablet, kompuet riba dan mana-mana peralatan elektonik yang berganting pada bateri ion lihium. Bateri ini cepat rosak dan kos penggantian bateri adalah mahal, menjadikan pilihan yang baik ialah dengan membeli peralatan baru
Bagi menjawab persoalan ini, kami huraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada jangka hayat bateri.
1. Jaminan pengeluar dan ketahanan bateri – EV yang dijual di Amerika biasa akan datang dengan jaminan pengeluar selama 8 tahun ataupun merangkumi jarak perjalanan sejauh 100,000 batu atau 160,000km. Jaminan pengeluar ini akan memastikan selepas melepasi jarak atau tahun kegunaan, bateri masih mengekalkan kapasiti sehingga 70% dan jaminan ini telah diterima pakai di seluruh dunia
Ini bukan bermaksud yang selepas 8 tahun atau 160,000km bateri akan terus rosak, tapi masih boleh digunakan dengan kapasiti 70% daripada kapasiti asal. Jika kapasiti asal adalah 100kWh, maka ia perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 70kWh
Sesetengah jenama kenderaan dengan enjin pembakaran dalam meletakkan sehingga 5 tahun atau 60,000 batu jarak perjalanan dan bagi kebanyakan jenama di sini, jaminan pengeluar adalah sehingga 100,000km. Adakah selepas 100,000km kereta tidak boleh dipandu? Jawapannya boleh tapi kemunginan besar ia gagal menghasilkan kuasa atau memiliki kecekapan yang sama seperti kereta baru keluar dari kilang.
Dalam kajian, Recurrent study yang diterbitkan pada awaltahun 2023, EV akan mengalami penurunan kapasiti antara 5-10% dalam 64,000km yang pertama, dan mengekalkan antara 80-90% kapasiti simpanan tenaga apabila mencapai 160,000km
Dalam laporan Tesla 2022 Impact Report menyatakan bateri Tesla mengekalkan kapasiti sehingga 88% apabila mencapai 160,000km. Sesetengah kenderaan Tesla yang telah dipandu sejauh 563,000km didapati masih mampu mengekalkan kapasiti bateri pada 80%
2. Keupayaan EV mengawal suhu operasi – operasi suhu yang ideal bagi bateri ion lithium ialah antara 10-43 darjah Celcius, iaitu suhu dimana manusia boleh hidup dengan selesa. Suhu yang terlalu timggi dan terlalu sejuk akan memeberi kerosakan kekal pada struktur molekul bateri, mengurangkan kapasiti bateri dan jangkahayat bateri.
Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan EV telah menggunakan Heat Pump atau sistem penyejukan dengan cecair penyejuk melingkari bateri bagi mengelakkan bateri menjadi terlalu panas sewaktu memecut atau ketika sedang dicah dengan DCFC
Bagi negara sejuk pula, EV akan memanaskan bateri bagi mengelakkan bateri menjadi terlalu sejuk kerana suhu yang sejuk juga akan merosakkan struktur molekul bateri. Dalam sesetengah keadaan sejuk yang ekstrim, EV boleh kehilangan sehingga 10% tenaga disebabkan proses pemanasan bateri
Nissan Leaf generasi pertama adalah contoh yang baik dimana EV ini tidak dipasang dengan Heat Pump menjadikan bateri Nissan Leaf cepat rosak.
3. Tabiat pengecasan – selain daripada suhu yang ekstrim, molekul bateri juga boleh menjadi rosak jika digunakan sehingga 0% atau sering dicaj sehingga 100% pada setiap sesi pengecasan. Salah satu sebab peralatan elektronik kita mudah rosak ialah kita sering menggunakanya sehingga 0% dan mengecasnya semula sehingga 100%
Bagi kegunaan seharian untuk jarak perjalanan yang dekat, adalah lebih baik mengecas bateri sehingga 80% sahaja. Malah EV seperti XC40 Recharge memiliki tetepan khas yang membenarkan kita mengecaj mengikut keperluar samaada 70%, 80%, 90% atau sehingga 100% sewaktu overnite charging.
Manakala bagi pemanduan jarak jauh pula, barulah EV akan dicajkan sehingga 100% bagi meminimakan kerosakan molekul bateri. Bateri teknologi baru seperti Lithium Ferrous Phosphate pula membenarkan pengguna mengecaj sehingga 100% pada setiap sesi tanpa masalah
Sesetengah pengeluar EV akan membina perisian terbina dalam yang menghalang pengguna daripada menggunakan bateri sehingga 100%. Perisian ini akan “mengunci” 5-10% kapasiti bateri yang sebenar bagi menghalang bateri digunakan sehingga 0%
4. Pengecasan perlahan AC vs pengecasan pantas DC
Cara yang paling bagus untuk mengecaj EV ialah dengan menggunakan pengecasan perlahan Alternate Current, namun baergantung pada spesifikasi OBC (Onboard Charger) proses pengecasan ini akan mengambil masa sehingga 6-8 jam untuk penuh dari 0-100% walaupun secara realiti mana ada orang akan cas dari 0%
Penggunaan pengecasan pantas DCFC (Direct current Fast Charging) pula sepatutnya dihadkan ketika anda sedang melakukan perjalanan jarak jauh sahaja walaupun ia hanya mengambil masa kurang 30 minit untuk mencapai 80% kapasiti bateri
DCFC akan menyebabkan masalah ion plating dimana ion lithium yang sepatutnya bergerak pada anod yang dibina daripada grafit tapi ia hanya akan berkumpul pada permukaan anod sahaja. Isu ini akan menyebabkan bateri menjadi rosak dengan cepat
Sekiranya anda tinggal di kondominium yang tidak membenarkan pemasangan wall charger, maka caara terbaik ialah mengecaj dengan menggunakan plug diantara 25-75kW bagi mengurangkan kerosakan bateri
T


