PEKERJA HYUNDAI MOGOK, PERMINTAAN KENAIKAN GAJI TIDAK DILULUSKAN
Kesatuan pekerja Hyundai Motor di Korea Selatan baru-baru ini melakukan mogok selepas rundingan dengan syarikat mengenai kenaikan gaji menemui jalan buntu.
Hyundai, dengan tenaga kerja kira-kira seramai 44,000, 88.93 peratus daripada jumlah tersebut bersetuju untuk melakukan tindakan mogok.
Aksi mogok berkenaan adalah tindakan pertama dalam tempoh lima tahun berkaitan rundingan gaji di pembuat kereta Korea Selatan itu.
Kesan lain sudah pasti mengganggu penghantaran beberapa kenderaan popular yang sukar diperbaiki oleh Hyundai berikutan kekurangan komponen.
Untuk rekod, kesatuan itu menuntut kenaikan gaji bulanan minimum sebanyak AS$139 (RM645) dan gaji prestasi bersamaan 30 peratus daripada keuntungan bersih 2022 Hyundai.
Selain itu, ia juga menuntut peningkatan umur persaraan kepada 64 berbanding 60 tahun.
Setakat ini, Hyundai Motor bagaimanapun masih belum menjawab sebarang permintaan media untuk memberikan komen.
Menurut seorang penganalisis di Korea Investment & Securities, Kim Jinwoo, jika mogok berlangsung lebih daripada tiga hari ia boleh mengganggu operasi Hyundai.
- BACA: KOS PEMBAIKAN HYUNDAI IX35 (TUCSON) RM525K, PEMILIK BENGANG, TAK MASUK AKAL
- BACA: HYUNDAI GERAK MAJU – DARI REKAAN MEMBOSANKAN, KINI TAMPIL MODEN, FUTURISTIK
- BACA: SESI PERTEMUAN HYUNDAI i30 N BERTUKAR KEPADA SESI KEMALANGAN – REKOD DUNIA JUGA NI
- BACA: HYUNDAI SANTA FE 2024 TAMPIL BERKOTAK, LEBIH MEWAH, HAMBURAN KUASA 277HP