Buletin

FORD CATAT JUALAN MEMBERANGSANGKAN

Ford baru-baru ini mengumumkan prestasi jualan untuk bulan September yang terbaik setakat ini di Malaysia dengan jualan runcit meningkat sebanyak 52 peratus kepada 1,183 unit. 

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02

Prestasi luar biasa bulan September itu menjadikannya rekod suku tahunan terbaik Ford di Malaysia dengan jualan melonjak sebanyak 55 peratus kepada 3,697 unit. Ia dipacu oleh jualan suku tahunan yang memberangsangkan untuk model Ranger dan permintaan kukuh terhadap seluruh rangkaian kenderaan Ford.

Ford-September-sales-mekanika (3)

“Kami berbesar hati kerana jenama Ford semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kami juga gembira kerana dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan baru Ford. Rangkaian kenderaan kami menampilkan aspek terbaik Ford. Ini termasuklah fokus kepada keselamatan, prestasi, penjimatan bahan api, teknologi pintar dan gaya yang menarik perhatian,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman. 

Ford-Ranger-015

Trak pikap Ranger kekal menjadi model terlaris Ford di Malaysia dengan jualan runcit pada bulan September melonjak sebanyak 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 745 unit. Ia merupakan rekod suku tahunan terbaik untuk model Ranger di Malaysia yang menyaksikan jualan meningkat sehingga 73 peratus berbanding suku sama tahun lalu kepada 2,335 unit.

Ford-September-sales-mekanika (6)

Fiesta baharu turut menyumbang kepada rekod bulan September dengan jualan runcit mencecah 209 unit. Seterusnya membantu meningkatkan jualan pada tahun ini hingga kini kepada lebih 35 peratus menjadi 2,590 unit.

Permintaan kukuh terhadap Fiesta disumbang oleh enjin 1.5L Ti-VCT dan varian enjin 1.0L EcoBoost yang berprestasi tinggi.

Ford-September-sales-mekanika (7)

SUV urban kompak EcoSport serba baharu pula menyumbang jualan sebanyak 82 unit selepas sebulan penuh ia ditawarkan. Ford menjangkakan peningkatan jumlah penghantaran EcoSporft sepanjang suku keempat tahun ini.

Ford-September-sales-mekanika (8)

SUV Kuga dan Focus masing-masing menyumbang kepada jualan suku ketiga dengan 221 dan 200 unit.

Ford-September-sales-mekanika (4)

Secara keseluruhannya, jualan runcit Ford pada tahun ini sehingga kini telah meningkat sebanyak 34 peratus kepada 10,217 unit. Sekali gus meletakkan syarikat di landasan terbaik untuk mencatat rekod jualan pada tahun ini di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button