Buletin

FORD MONDEO 2015

Ford baru-baru ini memperkenalkan sedan Ford Mondeo serba baharu bersama tawaran rangkaian enjin paling maju dalam sejarah 21 tahun model tersebut dihasilkan. 

Ford-Mondeo-2015-mekanika (7)

Antara enjin yang ditawarkan ialah enjin petrol EcoBoost baharu bersesaran 1.5 liter dan 2.0 liter. Buat pertama kalinya juga Mondeo dibekalkan dengan enjin sekecil 1.0 liter EcoBoost.

Selain itu, dua enjin diesel 1.6 liter TDCi (model estate) dan 2.0 liter TDCi berkuasa tinggi yang hadir dengan sistem turbo berkembar ada ditawarkan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 210PS dan tork 450Nm.

Ford-Mondeo-2015-mekanika (4)

Lebih mengujakan, Mondeo kini hadir dengan varian hibrid. Jentera itu dipasang dengan padanan motor elektrik dan sistem hibrid yang berupaya menjana kuasa mencecah 187PS. Dalam mode elektrik, model ini boleh bergerak selaju lebih 130km/j.

Semua model Mondeo kini dibekalkan dengan sistem Start-Stop sebagai satu ciri standard. Pacuan semua roda yang dikenali sebagai Ford Intelligent All-Wheel Drive juga dipasang pada varian-varian terpilih.

Ford-Mondeo-2015-mekanika (14)

“Mondeo generasi baharu menawarkan pilihan yang terbaik kepada semua pelanggan,” kata Naib Presiden Pembangunan Produk Ford of Europe, Joe Bakaj.

Ford-Mondeo-2015-mekanika (10)

Selain enjin, Mondeo juga sarat dengan pelbagai teknologi dan sistem tercanggih. Misalnya, teknonologi bantuan pemanduan yang inovatif, sistem kawalan suara SYNC 2, Active Park Assist dengan ciri Pendicular Parking, lampu utama LED adaptif dan banyak lagi.

Ford-Mondeo-2015-mekanika (5)

Sedan moden ini dijangka menjengah pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button