Peranti

CANON LANCAR PENGIMBAS BAHARU

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) mengumumkan pelancaran model-model pengimbasnya yang baharu iaitu CanoScan LiDE 220 dan LiDE 120. 

canon-scanner-LiDE120-mekanika (1)

Pengimbas-pengimbas ini dijangka mengujakan para pengguna di rumah dan SOHO kerana ia mempunyai ciri-ciri penyambungan yang telah dipertingkatkan.

Pengguna yang mengutamakan aspek keselamatan dan kemudahan menyimpan dokumen dalam akaun penstoran awan (cloud storage), pasti teruja apabila mengetahui LiDE 220 dan LiDE 120 dilengkapi butang fungsi “SEND” yang baru.  Apabila butang tersebut ditekan, ciri “SEND” akan terus memuat naik dokumen atau foto yang telah diimbas ke dalam penstoran awan seperti Evernote atau Dropbox.

canon-scanner-LiDE220-mekanika (2)

Kedua-dua pengimbas ini juga dilengkapi butang-butang satu sentuhan EZ. LiDE 220 mempunyai 5 butang EZ, manakala LiDE 120 ada 4 butang EZ. Pengimbas-pengimbas ini mampu memindahkan data dan kuasa menerusi sambungan USB, jadi adaptor kuasa AC berasingan tidak lagi diperlukan.

Selain lebih terhubung, pengimbas LiDE 220 dan LiDE 120 juga menampilkan rekaan yang kemas. Rekaan ini menjadikannya kompak dan ringan. LiDE 220  boleh ditegakkan untuk menjimatkan ruang dan menjadikan meja lebih kemas.

canon-scanner-LiDE220-mekanika (7)

Kedua-duanya  dilengkapi reka bentuk Z-Lid yang canggih membolehkan penutup pengimbas diangkat secara selari sehingga 2mm atas permukaan yang rata. Rekaan ini dapat memastikan kualiti imbasan yang baik, termasuklah item yang besar seperti buku, dokumen tebal atau majalah.

LiDE 220 dan LiDE 120 turut memastikan bahawa dokumen-dokumen yang diimbas menawarkan kualiti teks yang jelas serta warna yang tepat. Ini dapat direalisasikan kerana LiDE 220 memiliki resolusi optikal maksimum 4800x4800dpi, manakala LiDE 120 pula mampu menyokong resolusi imbasan sehingga 2400x4800dpi.

canon-scanner-LiDE220-mekanika (8)

Kedua-dua pengimbas ini juga mempunyai kelajuan imbasan yang tinggi, 10 saat untuk LiDE 220 dan 16 saat (LiDE 120) untuk dokumen berwarna bersaiz A4. Tambahan pula, kedua-dua pengimbas ini menyokong ciri Optical Character Recognition (OCR) yang membolehkan pengguna mencari fail-fail PDF yang dihasilkan sebelum ini daripada teks yang telah diimbas dengan menggunakan kata kunci. Teks yang dipilih itu kemudian boleh digunakan untuk tujuan menyalin dan menampal.

canon-scanner-LiDE220-mekanika (3)

Pengimbas LiDE 220 ditawarkan pada harga RM568 dan LiDE 120 (RM348) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button