Buletin

FIA TURUNKAN NOMBOR 43 DARI WRC, PENGHORMATAN BUAT MENDIANG KEN BLOCK

Untuk musim perlumbaan 2023, pihak Federation Internationale de L’Automobile (FIA) bersetuju untuk menurunkan nombor mendiang Ken Block (#43) daripada Kejuaraan Rali Sedunia (WRC).

Ini merupakan kali pertama sesebuah nombor digugurkan daripada sukan permotoran rali.

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, “melihatkan kepada sumbangan besar rakan kita (Ken Block) dalam sukan permotoran, adalah wajar #43 diturunkan daripada digunakan sepanjang musim WRC 2023.

“Walaupun ini adalah satu tindakan kecil, kami berharap ia dapat memberikan keselesaan kepada keluarga dan rakan mendiang buat masa ini. Ken merupakan seorang lagenda sebenar, dan kenangan lagenda ini akan kekal hidup bersama kita selamanya.

Ken Block meninggal dunia baru-baru ini kerana terbabit dalam kemalangan di Park City, Utah.

Walaupun mempunyai karier sebagai pelumba rali, beliau lebih terkenal dengan penglibatan dalam penghasilan video pemanduan aksi lasak Gymkhana.

Google ads
"
"
Back to top button