
HOONIGAN LANCAR PETISYEN JADIKAN 3 APRIL SEBAGAI ‘HARI KEN BLOCK’
Sukar untuk kita percaya Ken Block sudah pun empat bulan meninggalkan kita.
Bersempena dengan 3 April yang kebetulan sama dengan nombor perlumbaan Block (43), laman web Hoonigan melancarkan petisyen untuk menjadikan tarikh tersebut sebagai ‘4 3 Day’ – satu cara untuk meraikan pencapaian dan kehidupan Ken Block.
Dalam satu kenyataan, Hoonigan menulis, “Kami percaya langkah ini merupakan satu penghormatan yang sempurna kepada tokoh ikonik di dalam sukan aksi lasak, serta satu cara untuk meraikan pencapaian dan sumbangannya kepada sukan tersebut.
“Dengan menetapkan 3 April sebagai ‘4 3 Day’, kita boleh mengiktiraf dan menghormati legasi Ken Block dengan cara yang lebih bermakna dan berkekalan.
Untuk menyemarakkan lagi kesedaran terhadap usaha ini, saluran YouTube Hoonigan turut menyiarkan marathon video Ken Block berdurasi 24 jam.
Bagi mereka yang berminat, boleh terus ke laman web Change.org untuk menandatangani petisyen yang dibuat oleh Hoonigan itu. – Motor1