JAMES MAY JUAL ROLLS-ROYCE CORNICHE KERANA ALAHAN
Siapa tak kenal James May? Salah seorang daripada trio yang bertanggungjawab mempopularkan rancangan televisyen berkaitan kereta, Top Gear keluaran BBC.
Dipendekkan cerita, May kini mengikut du orang kawan baiknya, Jeremy Clarkson dan Richard Hammond untuk mengacarakan siri rancangan baharu dikenali sebagai The Grand Tour yang disiarkan oleh Amazon Video.
Saya bukan nak cerita pasal rancangan televisyen dia orang tu. Tetapi tentang May yang baru-baru ini menjual kereta Rolls-Royce Corniche miliknya. Keputusan untuk menjual kereta tahun 1972 itu diceritakan oleh May dalam entri blog Drivetribe.com dengan tajuk “Man Sells Car”.
BACA: TOP GEAR AKAN BERSIARAN DI SALURAN NETFLIX?
Sebenarnya, punca utama kenapa beliau menjual kereta klasik itu adalah kerana alergik terhadap tempat duduk kulitnya.
“Jika saya memandu lebih dari satu jam setengah, saya akan mula rasa gatal dan perlu memasukkan semua pakaian ke dalam air panas. Jadi kereta ini akan dilelong bulan depan. Saya mungkin dapat satu setengah atau dua kali ganda daripada apa yang saya bayar dahulu,” tulis May yang membeli Corniche itu pada tahun 2007.
Berapa? Mungkin sekitar £25,000 (RM139,000) hingga £30,000 (RM166,000) jika lelongannya mendapat sambutan.
Lelongan kereta tersebut bakal dilakukan oleh Bonham di Goodwood pada 19 Mac depan. Corniche itu pernah digunakan dalam satu rancangan Top Gear tahun 2008 apabila May membuktikan bahawa sebuah kereta mewah boleh dibeli pada harga lebih murah berbanding sebuah Ford Mondeo.
Biarpun tidak menyebut berapa jumlah perbatuannya, kereta itu kelihatan berada dalam kondisi yang masih cantik jika dinilai dari segi usianya.
BACA: 10 MODEL KERETA YANG TELAH MENGUBAH DUNIA
GALERI (kredit foto: Bonhams)