Buletin

FORD MUSTANG GT 2024 #1 DILELONG UNTUK SEDEKAH AMAL JARIAH

Ford dilapor akan menjual unit produksi pertama Ford Mustang GT 2024 dalam acara lelongan tahunan Barrett-Jackson di Scottsdale, Arizona pada 28 Januari ini.

Kesemua hasil jualan Mustang itu akan disalurkan kepada agensi penyelidikan dan advokasi diabetes JDRF.

Menurut Pengurus Pemasaran Mustang, Jim Owens berkata, “Ford mempunyai tradisi dalam menyokong usaha amal menerusi lelongan Barrett-Jackson, dan kami amat berbangga untuk menawarkan Mustang GT serba baharu untuk tujuan itu.”

Ford sebelum ini pernah menawarkan Mustang Shelby GT500, Mustang Mach 1 dan Mustang Bullit untuk dilelong.

Pembida tertinggi akan diberikan peluang untuk memilih mana-mana opsyen standard Mustang GT, termasuklah pilihan transmisi manual atau automatik, 11 pilihan warna, rim bersaiz 18 hingga 20 inci, atau tiga warna angkup brek Brembo.

Ford Mustang GT 2024 dikuasakan oleh enjin Coyote V8 5.0 liter dengan kuasa kuda 480 hp dan 563 Nm.

Google ads
Back to top button