Artikel Pilihan

KERETA MANAKAH YANG TERMAHAL DI DUNIA? – DAH TENTU BUKAN ALZA VTECTEC, SEDIHNYA

Kereta termahal di dunia ialah Bugatti edisi tunggal istimewa yang dinamakan “La Voiture Noire” (pandai-pandai la google cara sebutannya) keluaran tahun 2019.

Sebelum ini Bugatti telah mengeluarkan 400 buah hypercar Chiron termasuklah beberapa model edisi khas. Satu daripadanya ialah model yang paling istimewa dan dinamakan La Voiture Noire.

Ia dinamakan sempena nama manja yang diberikan pengasas Bugatti, Ettore Bugatti untuk kereta peribadi beliau, sebuah Type 57C Atlantic yang berwarna hitam (jangan kenal Type R je bang). Atlantic 57C merupakan sebuah kereta grand touring mewah dengan enjin di hadapan yang mendahului zaman. Bugatti kot, mana boleh biasa-biasa.

Antara persamaan La Voiture Noire dengan 57C Atlantic ialah sirip dorsal macam ikan pada bahagian bumbung dan bonet hadapan selain rekaan cermin sisinya. Kenapa perlu ada sirip tu? Aerodinamik ke atau untuk nilai estetika?

Tak juga. Sebenarnya bahagian panel asal 57C Atlantic dihasilkan daripada magnesium untuk mengurangkan berat. Masalahnya ia mustahil boleh dipateri. Jadi Ettore mereka bentuk sirip tersebut supaya bahagian panel badan boleh dirivet untuk mencantumkannya. Bijak bukan?

Kereta ini asalnya ditempah oleh Ferdinand Piech seorang billionaire dari Austria dan bekas pengerusi Voolkswagen Group. Sayangnya beliau telah meninggal dunia sebelum kereta ini disiapkan. Dunia hanya sementara tuan-tuan. Keluarganya telah membayar harga kereta ini seperti persetujuan awal sebanyak USD18.68 juta (RM60 juta lebih kurang) dan mengambilnya pulang.

Korang rasa betul ke? – Ronaldo

Di mana kereta ini sekarang? Khabar angin mengatakan yang ia kini menjadi milik pemain bolasepak ternama Portugal, Christiano Ronaldo. Tapi tak pasti la betul ke tidak. Nanti kalau dia datang beraya PokYa tanya dia betul ke tidak.

Apa-apa pun inilah salah sebuah hypercar yang menjadi dambaan pengumpul di seluruh dunia tapi hampir mustahil untuk dimiliki sebab cuma ada satu sahaja.

Google ads
Back to top button