Buletin

FORD RAI ULANG TAHUN KE-110

Ford pada 1 Jun lalu mengumumkan Jun sebagai Bulan Warisan Ford, sekali gus memulakan sambutan ulang tahun ke-110 penubuhan Ford Motor Company dan kelahiran ke-150 tahun pengasasnya, Henry Ford sepanjang tahun ini.

Bagi meraikannya, Ford di Malaysia mengadakan satu promosi eksklusif yang diberi nama “The Works”. Promosi ini menawarkan semua pemilik Ranger dan Everest pemeriksaan kenderaan 27 poin secara percuma. Selain diskaun sebanyak 10 peratus ke atas minyak enjin diesel premium Motorcraft, penapis minyak dan kos buruh.

logo 100

Untuk menikmati tawaran istimewa ini, para pelanggan yang layak perlu mendaftar di laman web: www.fordconsumer.com. Kemudian anda akan menerima satu e-baucar percuma yang mesti ditebus. Promosi bermula pada 1 Jun dan berakhir pada 30 Jun 2013.

Ford memilih Motorcraft bagi tawaran eksklusif ini kerana minyak enjin tersebut diformulasikan khas oleh Ford dan menawarkan nilai untuk wang kepada para pelanggan. Tidak seperti jenama pelincir yang lebih murah, minyak enjin Motorcraft diadun di USA, tetapi ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif.

0003150837207_500X500

Bagi enjin diesel pada Ford Ranger dan Everest, minyak 10W-30 Super Duty gred premium ini adalah disyorkan bagi memastikan prestasi enjin yang senyap dan lancar. Ford turut menasihatkan para pelanggan supaya menukar minyak Motorcraft dan penapis minyak pada setiap 5,000 kilometer bagi membolehkan enjin beroperasi dalam kondisi optimum.

Bagi terus memeriahkan Bulan Warisan Ford, rakan pengedaran Ford iaitu Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menghias kek hari jadi yang besar di bilik pameran dengan matlamat yang ditulis tangan mengenai bagaimana untuk “Go Further” pada tahun ini dan benar-benar memenuhi ekspektasi para pelanggan.

Ford-Ranger-015

Pada 11 Jun, Pengurus Jualan Nasional Ford, Veemala Rethinasamy; Pengarah Urusan SDAC, Lee Eu San dan Pengurus Operasi Pengedar Ford bagi Rantau Asia Pasifik, Frankie Ng akan menilai semua ulasan dan memilih lima orang pemenang bertuah. Pada 13 Jun, nama para pemenang diumumkan dan mereka bakal menerima satu unit sistem navigasi peribadi Garmin GPS.

Warisan Ford di Malaysia sama kayanya dengan industri automotif Malaysia. Malah, kenderaan Ford yang pertama telah diedarkan di Malaysia pada tahun 1909. Rangkaian pengedar Ford di negara ini melibatkan 43 buah bilik pameran dan pusat servis Ford dengan tujuh lagi bakal dibuka tidak lama lagi.

Ford Everest

“Kami bangga dengan hubungan istimewa yang terjalin di antara semua kakitangan, pembekal dan para pelanggn yang amat dihargai. Tiada tempat yang mempunyai perasaan kekeluargaan istimewa seperti ini selain daripada keluarga pengedar Ford di Malaysia. Hari ini, kami mahu mengesahkan tempat Ford dalam sejarah dan masa depan kami.” kata Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport &  Pertumbuhan Ford, David Westerman.

Seratus sepuluh tahun lalu, pada 16 Jun 1903, Henry Ford dan 11 orang pelabur asal telah menandatangani dokumen penubuhan untuk menubuhkan Ford Motor Company, bermula dengan satu impian, wang tunai sebanyak USD$28,000 sejumlah rangka tindakan dan peralatan.

Ford Rotunda & Administrative Building _Built 1927

Impian Ford adalah untuk membina “kereta yang sangat murah sehinggakan tiada orang yang berpendapatan bagus tidak mampu memilikinya” – ia dimulakan dengan pengenalan Model T, sebuah kereta yang berjaya menarik perhatian ramai. Model T ialah kereta yang meletakkan dunia di atas rodanya.

“Hari ini, Ford merupakan pembuat kereta kedua terbesar di dunia. Malah logo Ford yang berbentuk bujur itu menjadi salah satu daripada tiga simbol paling dikenali di dunia.

ford-cars-logo-emblem

“Dengan sejarah hampir 88 tahun bersama, merupakan antara rangkaian pengedar terbaik di Malaysia, barisan produk baharu bertaraf dunia dan inisiatif perkhidmatan yang bakal dilaksanakan, kami dapat melihat masa depan yang cerah untuk Ford di Malaysia,” jelas Westerman lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang legasi Henry Ford, sila layari laman web: www.henryford150.com ia menampilkan garis masa yang interaktif mengenai kehidupan Ford, siri jelajah, kalender acara bagi tahun 2013 dan maklumat berkaitan usaha untuk memulihara warisan Henry Ford.

[hr] Galeri

1178852206338117885220634311788522063491178871545860Ford-Ranger-009Ford-Ranger-053 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button