Buletin

CHEVROLET MALIBU 2014

Chevrolet baru-baru ini mendedahkan sedan saiz sederhananya, Malibu2014. Jentera itu dikatakan lebih luas dengan ruang dalaman ditambah baik. Malibu menggunakan khidmat enjinbaharu bersesaran 2.5 liter dan sistem suspensi yang dipertingkatkan. 

2014-Chevrolet-Malibu-004

“Chevrolet Malibu 2014 dibina di atas kekuatan yang diasaskan oleh model Malibu 2013 serba baharu. Ini sekali gus menjadikannya pilihan lebih baik kepada pengguna.

“Sebagaimana yang kita tahu, pasaran segmen sedan saiz sederhana memang sengit. Jadi, kami pastinya tidak berdiam diri dengan Malibu 2014,” kata Presiden General Motors Amerika Utara, Mark Reuss.

2014-Chevrolet-Malibu-003

Antara pembaharuan pada jentera ini termasuklah penampilan bampar hadapan, penambahan ruang tempat duduk belakang sebanyak 31.7m, konsol tengah direka semula dan banyak lagi.

Enjin dengan sistem Start/Stop dan kawalan injap boleh ubah membantu meningkatkan penjimatan minyak sehingga lima peratus jika dipandu di kawasan bandar.  Sistem suspensinya pula dipertingkatkan daripada model Impala 2014 bagi menawarkan pengalaman pemanduan lebih memuaskan.

2014-Chevrolet-Malibu-007

“Kami membuat perubahan dalam tempoh 18 bulan dengan komitmen untuk menjadikan Malibu sedan yang sebaiknya,” kata Ketua Jurutera Eksekutif, kereta saiz sederhana dan penuh global,  Ken Kelzer.

2014-Chevrolet-Malibu-002

Dengar cerita Malibu akan dibawa masuk ke Malaysia. Kita tunggu sahajalah ya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button