Buletin

TEMPAHAN TOYOTA VIOS 2018 KINI DIBUKA – BERMULA RM74,980

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Vios baharu sudah dibuka.

Vios tahun 2018 itu dilihat lebih bernilai kepada wang. Sedan yang cukup popular dalam kalangan pengguna di Malaysia itu menerima penambahbaikan dari segi kosmetik dalaman dan luaran agar kelihatan lebih segar.

Antara ciri baharu yang dipasang termasuklah alat pengesan parkir, antena jenis shark fin dan plat kaki beriluminasi. Alat pengesan parkir ditawarkan sebagai ciri standard untuk varian TRD, GX dan G.

Sistem infotaimen DVD-AVX baharu dengan ciri yang telah dipertingkatkan juga ditawarkan bersama kamera undur, standard untuk semua varian kecuali Vios J (MT) dan (AT).

Sama seperti sebelum ini, terdapat enam varian untuk dipilih dengan harga bermula RM74,980 seunit (tidak termasuk insurans, pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja).

Vios turut didatangkan dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Jika ia dijual dalam tempoh lima tahun pertama, jaminan akan diteruskan kepada pemilik seterusnya.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button