Buletin

FORD RANGER FX4 2020 KINI TAMPIL LEBIH GARANG. RM126,888 SEUNIT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 Baharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live.

Ranger FX4 direka untuk para pelanggan yang mahukan sebuah trak pikap serba boleh. Sama ada untuk kegunaan kerja mahupun sebagai kenderaan kegunaan harian.  

Jentera itu kini hadir dengan gril jejaring baharu dan rim hitam berkilat yang dibalut tayar All-Terrain. Pelekat ‘FX4’ dan emblem pada bahagian luar membezakannya dengan varian Ranger yang lain.

Identiti FX4 diteruskan ke  ruang kabin dengan logo FX4 dicetak timbul pada tempat duduk dibalut kulit. Jahitan benang berwarna merah digunakan pada tuil gear, konsol tengah, panel instrumen, kemasan pintu, brek tangan dan stereng. Tidak ketinggalan, karpet lantai khas FX4.  

Ranger FX4 digerakkan oleh enjin turbodiesel Duratorg 2.2L berkuasa 160 PS dan tork 385Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.

Trak pikap itu turut dipasang dengan barisan teknologi pintar serta ciri keselamatan.

Ini termasuklah paparan skrin sentuh 8-inci, sistem multimedia SYNC dengan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, sistem shift-on-the-fly 4×4 elektronik, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering), lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan.

Di samping dua beg udara, Limited Slip Differential, fungsi Hill Descent Control,Hill Launch Assist, ABS, Bantuan Brek Kecemasan EBD), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.

Tawaran istimewa

Untuk meraikan pelancarannya, 150 pelanggan pertama akan menerima aksesori-aksesori bernilai RM5,398 seperti berikut:

  • Bar sporti berwarna hitam dan lapisan cermin penghadang haba eksekutif
  • Perakam Video Digital (DVR) dengan fungsi pintar, rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman waktu malam dan Mobile App yang disambung melalui Hotspot. Kad memori 8GB turut disertakan

Ranger FX4 ditawarkan pada harga RM126,888 (di atas jalan, tanpa insurans) dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Ia didatangkan dalam tiga warna iaitu kelabu, hitam dan putih.

GALERI

Google ads
Back to top button