Motosikal

YAMAHA MT-09 DAPAT WARNA BIRU BAHARU. HARGA SAMA, RM48,920 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan warna biru dan grafik baharu untuk model naked popularnya, MT-09.

Jentera berkuasa tinggi ini boleh anda miliki pada harga RM48,920 seunit (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat). Harga itu sebenarnya sama sahaja dengan model sebelum ini.

Kali terakhir HLYM menawarkan MT-09 facelift ialah pada tahun 2018. Antara pembaharuan yang ada pada masa itu termasuklah sistem klac quick shift dan A&S (Assist & Slipper).

Sistem itu berfungsi memastikan operasi klac yang lebih mantap. Selain mampu menurunkan beban operasi klac sebanyak 20 peratus.   

MT-09 baharu masih menggunakan enjin tiga silinder empat lejang dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin itu berupaya menjana kuasa 115PS dan tork 87.5Nm dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.  

Tags
Google ads
Back to top button