Buletin

FORD REKA JAKET SIAP DENGAN LAMPU BREK DAN ISYARAT!

Sejak kebelakangan ini Ford telah tampil dengan inovasi unik. Sebagai contoh Ford Mustang dipasangkan alat pemasa untuk bunyi ekzos. Boleh tetapkan bila nak bunyi kuat atau perlahan takut ganggu jiran tengah malam atau pagi buta.

Kini Ford tampil lagi dengan satu inovasi yang bukan biasa-biasa. Ford buat jaket pintar untuk penunggang basikal.

Dah kenapa? 

Jawapnya ialah inovasi ini dibangunkan oleh sekumpulan kaki basikal di Ford jadi tidak hairanlah mereka membangunkan jaket pintar.

Pasukan pereka jaket ini juga turut menguji dalam kayuhan harian mereka ke pejabat Ford Smart Mobility Innovation di London.

Selain itu, konsep jaket pintar ini sebenarnya juga adalah sebahagian daripada kempen keselamatan Ford ‘Share The Road’ yang mahu mewujudkan suasana yang lebih empati dan harmoni di antara pemandu dan penunggang basikal.

Budaya berbasikal juga semakin popular di ibu kota London di mana jumlah penunggang kini tiga kali ganda lebih banyak berbanding tahun 1999.

Berikut ialah butiran tentang jaket pintar yang dibangunkan oleh Ford:

  • Dibangunkan dengan kerjasama pakar pakaian urban Lumo dan pakar perisian mobiliti Tome
  • Lengan jaket mempunyai lampu indikator yang boleh menyala apabila penunggan membelok kiri atau kanan
  • Jaket ini disambungkan secara wayarles kepada telefon pintar, aplikasi navigasi akan menggetarkan lengan baju sebagai tanda arah tujuan selain mengelak daripada menggunakan laluan yang sibuk dan simpang jalan 
  • Penunggang juga tidak perlu mengalihkan pandangan mereka daripada jalan raya atau mengangkat tangan daripada handle untuk menggunakan telefon pintar.
  • Sistem bunyi dan haptic membolehkan penunggang menjawab panggilan, menerima mesej dan mengulang semua bacaan navigasi
  • Jaket ini turut mempunyai lampu brek di belakang

Jika ada yang berminat dengan jaket ini harap maaf, masih lagi dalam prototaip. Ford pun dalam proses nak mohon paten dan pada masa akan datang mungkin akan dibuat atau dilesenkan pada pihak lain termasuk aplikasinya sekali.

Bijak juga idea jaket ini. Masuk simpang dah siap bagi isyarat siap-siap.

BACA: BUKAN HOTWHEELS TAPI LEGO FORD FIESTA WRC, MUSTANG PUN ADA SEKALI

Google ads
Back to top button