
Jika dibandingkan spesifikasi kepada spesifikasi, Kawasaki Ninja bukanlah sportbike entry level yang diidamkan ramai, namun bagi sebuah negara yang mencintai motosikal, Kawasaki ternyata istimewa di kalangan mat-mat motor Indonesia.
Baru dilancarkan awal bulan lepas, model tingkattaraf Kawasaki Ninja 250 2018 mengejutkan pasaran dengan penguasaan hampir 70 peratus bagi motosikal sport berfairing 250cc.
Ninja terjual sebanyak 890 unit berbanding penguasaan sebelum ini oleh Honda CBR250RR yang hanya mencatat 307 unit. Kurang separuh dari angka jualan Kawasaki dan jika melihat kepada spesifikasi, Honda menang hampir segenap segi. Apakah pembeli tidak lagi tertarik dengan ciri-ciri seperti talaan Riding Mod, suspensi hadapan USD, meter digital dan rekabentuk futuristik?
Mungkin, faktor Ninja 250 2018 yang lebih berkuasa menjadi tumpuan pembeli? atau memang Kawasaki satu jenama yang ramai pengikutnya di Indonesia sama seperti Suzuki?
Boleh jadi juga.
Dan perlu diingatkan, di Indonesia pasaran sportbike fairing 250cc juga ada Yamaha R25. Berbeza dengan Malaysia, Indonesia tak peduli sangat pun Yamaha ni. Buktinya, R25 hanya terjual sebanyak 78 unit dalam bulan Januari.
Bayangkan Ninja jual 10 kali lebih banyak berbanding R25